HAMPIR sembilan tahun tampil dengan imej botak, penyanyi Tomok berkata dia kini selesa dengan penampilan tersebut.
Kata Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 38, dia terpaksa membotakkan kepala kerana rambutnya semakin berkurangan disebabkan faktor keturunan.
“Rambut saya ini sebenarnya semakin berkurang, dah tak boleh nak sorokkan jadi saya botakkan sahajalah.
“Keturunan adalah salah satu faktor sebab ar.wah ayah pun memang tak ada rambut.
“Alhamdulillah peminat pun okay imej begini kerana mereka menghargai bakat saya.
“Kadang-kadang rasa nak ada rambut semula tapi saya ta.kut nak tanam rambut, ta.kut jarum… tunggulah kalau tiba-tiba nanti saya terbuka hati nak buat rambut tengah semula,” katanya kepada mStar.
VIDEO:
Komen Netizen Terus Dibual:
Sumber: mStar