Aktor popular, Aaron Aziz mendedahkan dia kini telah mendapat nasihat pihak doktor untuk berehat buat sementara waktu daripada dunia seni dan harus segera menjalani pemb3dahan bagi membuang ketVmbuhan di bahagian leh3rnya.
Bagaimanapun, Aaron memaklumkan dia terpaksa menunda dahulu prosedur tersebut memandang dia kini mempunyai pelbagai komitmen melibat hal kerja.
“90 minutes dalam benda ni. Doctor said I need surg3ry and need to be on medical leave for two month.
“Tapi tak boleh sebab banyak on going project sekarang ni. So for now I’m just using the drugs to kill the pain,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan bintang asal Singapura itu menerusi hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia kini harus bergantung dengan ub4t-ub4tan bagi mengurangkan kes4kitan.
View this post on Instagram
“Working in pain. Only ALLAH knows what I feel. Korang tengok abang senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati abang men4ngis kes4kitan. Doc said the tumor is bigger,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Aaron dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
“Proud of you Datuk. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera pada Datuk. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Ya Allah, hilangkanlah kes4kitan dan berikan kesembuhan kepada Aaron Aziz.
“Moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
“Allahu, comeback stronger bang. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Aaron mendedahkan dirinya kini sedang meng4lami kes4kitan di bahagian saraf.
Malah, dia juga terpaksa menggunakan pelindung leher bagi mengurangkan rasa s4kit.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pend0sa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.
Sumber: MH