Pelawak dan pelakon berasal dari Indonesia ini akhirnya membuka mulut mendedahkan dia sudah berkahwin dengan seorang jejaka Nigeria dikenali sebagai Johnson.
Pendedahan itu dibuat menerusi temu bual yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Dalam temu bual itu, Vicha mengambil keputusan untuk berkongsi perkara berkenaan kerana tidak mahu peminat terus tertanya-tanya mengenai lelaki yang sering bersamanya.
“Alhamdulillah, saya bukan lagi single. Saya sudah tiga tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.
VIDEO:
VIDEO:
“Saya sedang ha.mil ketika menyertai pertandingan Muzikal Superstar 2019. Dan kemenangan pada malam itu adalah rezeki anak.
“Sebenarnya, saya tidak mahu berkongsi hal ini kerana ia adalah hal peribadi. Tetapi, saya perlu beritahu juga untuk mengelakkan peminat bertanya mengenai lelaki yang selalu dilihat dengan saya,” katanya.
Berkenalan dengan suaminya pada 2015, Vicha turut memaklumkan suaminya seorang mualaf. Dia tertarik dengan suaminya kerana dia seorang lelaki bertanggungjawab dan matang.
Pernah melalui episod kegagalan rumah tangga, bukan mudah Vicha membuka pintu hatinya. Namun, kesungguhan Johnson menunjukkan keinginannya mahu hidup bersama melembutkan hati wanita itu.
Sumber: Tiktok