Seperti yang diketahui, keme.lut rumah tang.ga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sudah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak berdamai.
View this post on Instagram
Pasangan ini memilih bers.ikap terbuka berkongsi kebahagiaan mereka di platform media sosial masing-masing.
Terbaru, Nynaa memuat naik sebuah video yang memaparkan mereka bercuti di Pulau Pinang. Menerusi rakaman itu, Nynaa dan Fahmi, 29, kelihatan menaiki jet peribadi bersama seorang individu yang tidak dapat dikenalpasti siapa.
Perkongsian pelakon berumur 25 tahun itu telah mencuri perhatian wargamaya. Rata-rata pengikut tertarik dengan jet peribadi yang dinaiki pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal yang bukan calang-calang orang mampu naik.
@hatini207: Flying jet peribadi ke?
@areena_shay: Wow jet peribadi!
@nr__amna: Perghhh naik jet peribadi.
Selain itu, warganet turut tumpang gembira melihat senyuman yang terukir pada pelakon drama Kekasih Paksa Rela selain mendoakan agar rumah tangga ini kekal hingga ak/hir hayat.
@nurilani: Sweet couple.. Semoga berbahagia selalu, Nynaa dan suami.
@hasnifairuz: Semoga bahagia sampai syurga.
@mummy_shasha_0_0: Semoga bahagia selalu. Seronok tengok sis dan suami.
Terdahulu, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.
Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama.
Nynaa kemudiannya bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan k.es berlangsung pada 18 November di Mah.ka.mah Rendah Syariah Johor Bahru.
Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa di.dak.wa keluar rumah tan.pa kebenaran.
Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mah.ka.mah Syariah Wilayah Perse.ku.tuan, Noriah Zakaria.
Bagaimanapun, pada 11 November, Nynaa dan Fahmi mencapai persetujuan untuk berbaik di Mah.ka.mah Syariah Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram @nynaaharizal___ via http://newzpower.com/