Home Hiburan Nampak ‘baby bump’, IG Mira Filzah dibanjiri ucapan tahniah

Nampak ‘baby bump’, IG Mira Filzah dibanjiri ucapan tahniah

252
0

PETALING JAYA – Lebih setahun bergelar isteri, keterujaan peminat terhadap kehidupan berumah tangga pelakon popular Mira Filzah kembali mencuri perhatian apabila didakwa sedang hamil anak sulung.

Biarpun belum ada sebarang pengesahan dari bibir pemilik nama lengkap, Nur Amirah Filzah Badioezaman itu berkenaan perihal kehamilannya, ramai dalam kalangan netizen mula menitipkan ucapan tahniah menerusi ruangan komen satu perkongsian Instagramnya yang menampakkan ‘baby bump’ yang semakin jelas kelihatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Pregnant (hamil) ke kak Mira? Kalau betul, alhamdulillah.

“Nampak macam ada ‘baby bump’. Eh, aura macam bakal ibu ni.”

61e18485 032a 4aad 8651 8f0ac7130c03
TANGKAP layar antara komen netizen yang membanjiri Instagram Mira Filzah.

Itu antara komen-komen yang ditinggalkan peminat sekali gus mencetuskan persoalan sama ada benar atau sebaliknya, figura yang pernah menerima jolokan ‘Malaysia’s ultimate girl’s next door’ daripada akhbar, South China Morning Post itu sedang berbadan dua.

Menerusi entri yang dimuat naik Mira, 28, ramai dalam kalangan pengikutnya memaklumkan bahawa fizikalnya kelihatan yang kian berisi dan ‘baby bump’ mula menampakkan bentuk.

Sehingga kini, belum ada pengesahan mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut dan usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan jawapan dari pihak Mira belum berhasil apabila panggilan telefon tidak berjawab dan pesanan mesej belum berbalas.

Ini bukan kali pertama, Mira digasak dengan persoalan tentang kehamilan. Sebelum ini, beberapa kali dia dihujani pertanyaan sama namun jjawapannya yang diberikan tetap sama, dia tidak akan menyembunyikan kehamilan jika bakal beroleh rezeki menimang cahaya mata.

“Biasalah, apabila kita ‘single’ orang tanya bila hendak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila hendak menimang cahaya mata. Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya akan kongsi,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 dalam satu temu bual bersama media sekitar Mac lalu.

Sebagai informasi, Mira mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Wan Emir Astar, 31, pada 3 September tahun lalu.

Sumber: – K! ONLINE

Previous article[VIDEO]“Kelakar”- Gara2 gelagat selamba Neelofa, ketawa Ameera Khan buat netizen terikut
Next articleAlyah akui sesuatu pada suami sendiri setiap kali musim GV, keluar makan sama-sama tuu..
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here