Home Isu Semasa “Pd jam 3 pagi, sy dikejutkan..” Isteri Pergi Sehari Slps Diijabkabul, Suami...

“Pd jam 3 pagi, sy dikejutkan..” Isteri Pergi Sehari Slps Diijabkabul, Suami Dedah Kata2 Terakhir Arw4h.

205
0

PERASAAN p1lu di hati, tak siapa mampu mengerti.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang kehil4ngan isterinya, hanya selepas sehari mendirikan rumah tangga.

Kisah sedih pasangan pengantin baharu ini tulvr di media sosial dan rata-rata warganet menitipkan doa kepada arw4h dan memberikan kata-kata semangat kepada suaminya.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Amirul Akmal, 25, kehil4ngan isterinya Siti Saraf Ismail yang berusia 25 tahun pada Ahad, hanya dalam tempoh 24 jam selepas mereka bergelar suami isteri.

Mohamad Amirul berkata, selepas selesai majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, isterinya mengadu mengalami sakit kepala dan kemudiannya menyambung semula tidur seperti biasa.

“Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.

“Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya,” katanya yang ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Karang, Banggu, Kelantan pada Isnin.

1344836

Amirul (kanan) segera menghubungi ambulans setelah melihat isterinya memerlukan bantuan oksigen.

Mesra disapa Amirul, dia yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata dia melihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur pada pagi Ahad.

Bagaimanapun selepas itu, dia dan keluarga cemas apabila melihat Siti Saraf mengalami ses4k naf4s.”Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.

Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala

AMIRUL AKMAL

“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.

Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) doktor mengesahkan Siti Saraf yang bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan.

Walaupun dugaan yang dilalui oleh Amirul sangat berat, tetapi dia tenang dan reda dengan takdir yang telah tertulis dariNya.

1344963

Amirul membuat hebahan majlis perkahwinannya di laman Facebook.

Arwah isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.

Kata Amirul, arw4h isterinya meninggalkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga dan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Siti Saraf sebelum meninggal dunia adalah, “Abang… kita dah kahwin.”

Sumber:mStar

Previous article“Saya B4tak Ka, K4tak Ka, Ikut Suka H4ti Saya..”- Mawar Karim Cakap Pada Siapa Tu?
Next articleKaya Tk Pkai Kereta Mewah, Michael Ang Kata Propa! Iqbal; “Hormat Saya Budak Suara P0ndan Kep!t”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here