Home Hiburan 6 Selebriti Muda Paling Menyerlah Sepanjang 2021, No 2 Curi Tumpuan!

6 Selebriti Muda Paling Menyerlah Sepanjang 2021, No 2 Curi Tumpuan!

285
0

Kemunculan dan kebangkitan bakat-bakat baharu atau juga dikenali sebagai ‘BBNU’ pada tahun 2021 telah merancakkan lagi industri seni tanah air.

Berdiri di atas platform dan bakat masing-masing, enam bintang ini merupakan antara nama yang menjadi bualan hangat para peminat dan warganet sepanjang 2021. Meskipun negara masih dihantui dengan wa.ba.k C.O.V.ID-19, namun bintang-bintang ini bijak mengambil peluang untuk menaikkan lagi nama mereka.

Yang pasti tahun 2022 merupakan satu lagi lembaran baharu buat mereka untuk terus sukses dan membuktikan kemunculan mereka bukan sekadar ‘One Hit Wonder’.

6 Bintang Muda Paling Menyerlah Sepanjang 2021

1.Cik B

Siapa sangka disebalik personaliti nya yang dilihat sebagai seorang yang pendiam, anak kepada jutawan kosmetik Dato Sri Vida(DSV), Cik B sebenarnya mempunyai bakat yang terpendam.

Screenshot 2021 12 30 at 1.59.39 PM
Via Instagram Cik B

Selepas melancarkan single rap pertamanya berjudul ‘Tolonglah’ pada Disember 2021, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin terus dikenali apabila mula ‘terjun’ ke dalam lakonan. Antara drama lakonannya adalah Drama Linkungan Cinta dan Tahyul.

2.Iman Troye

Selepas 2020, tahun 2021 juga merupakan tahun yang cemerlang buat pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin. Selain tampil dengan single terbaharu berjudul Nang yang kini mendapat lebih dari 4 juta tontonan sejak dilancarkan pada Oktober lalu, Iman Troye mencatat rekod peribadi yang membanggakan apabila menjadi artis Malaysia berhijab ketiga untuk muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Screenshot 2021 12 30 at 2.08.33 PM
via Instagram Iman Troye

Untuk info, ‘kemunculan’ Iman pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

3.Nabil Aqil

Jika ditanya siapa antara pelakon muda yang memiliki pakej yang lengkap, suka untuk kami ketengahkan bintang yang lahir dari program realiti Hero Remaja 2017, Nabil Aqil. Pelakon tinggi lampai dan mempunyai wajah yang kacak ini antara pelakon-pelakon muda yang membintangi kebanyakan drama popular yang ditayangkan sepanjang tahun 2021.

Screenshot 2021 12 30 at 1.57.39 PM
via Instagram Nabil Aqil

Dengan ‘pakej’ sedemikian, tidak hairan sekiranya kelibat Nabil turut dilihat pada pentas peragaan dan acara-acara pertunjukan fesyen. Semoga terus menyinar pada tahun akan datang Nabil!

4.Imran Aqil

Imran Aqil tidak kurang hebat seperti abangnya, Nabil Aqil. Mengikut jejak langkah si abang untuk sertai program Hero Remaja, nama Imran terus dikenali ramai. Selain mempunyai bakat dalam bidang fotografi, siapa sangka Imran juga antara pemilik suara ’emas’ yang melayakkan dirinya bergelar sebagai penyampai radio di Hot FM.

Screenshot 2021 12 30 at 1.55.21 PM e1640845253184
via Instagram Imran Aqil

Pernah tampil dengan imej berkaca mata, Imran kini dilihat lebih selesa tanpa nya. Untuk info, Imran pernah diketengahkan peminat sebagai antara  selebriti berkaca mata paling kacak!

5.Meerqeen

Juga lahir dalam program realiti Hero Remaja, Meerqeen terus diberi kepercayaan untuk berlakon dalam beberapa buah drama tempatan termasuk menggalas watak utama.

Screenshot 2021 12 30 at 1.59.13 PM
via Instagram Meerqeen

Selain itu, dengan bakat yang dimilikinya, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam mengejutkan peminat apabila tampil dengan single Menunggu sekaligus membuktikan kemampuannya untuk bernyanyi.

6.Bunga Isme

Meskipun sudah beberapa tahun menapak dalam industri namun buat penyanyi muda ini yang juga merupakan penyanyi rap wanita berhijab pertama di Malaysia, Bunga Isme tampil cemerlang pada tahun 2021.

Screenshot 2021 12 30 at 2.04.37 PM e1640845628809
via Instagram Bunga Isme

Muncul dengan beberapa single duet bersama beberapa penyanyi terkenal seperti Siti Nordiana dan Layla Sania,ia merupakan sebuah percaturan bijak untuk membuatkan nama Bunga terus dikenali. Buktinya, sebuah lagu duetnya bersama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung berjaya tersenarai sebagai antara 30 buah lagu Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36). Adakah lagu tersebut bakal layak ke Anugerah Juara Lagu 36? Sama-sama kita doakan!

Sumber: Murai

Previous articleLepas Kna Sel4r Dgn Mak Sendiri, Aliff Syukri Tampil Tunjuk Satu Dokumen- “Mak Sy Tu Dia Tak Faham Sy”
Next article‘Berjuang Hidup Untuk Jumpa Semula’- Pertemuan Kucing Dan Tuannya Selepas Banjir Buat Netizen Sedih
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here