Home Hiburan 4 Selebriti Ini Dari Golongan ‘Kayangan’ Namun Memilih Hidup Sederhana Jadi Tumpuan

4 Selebriti Ini Dari Golongan ‘Kayangan’ Namun Memilih Hidup Sederhana Jadi Tumpuan

795
0

Sumber: Google Image

Jarang sekali kita mendengar selebriti yang berasal daripada keluarga kaya-raya namun tidak inginkan populariti. Nama-nama mereka sering didengari dan menjadi headline namun mereka merahsiakan perihal keluarga mereka.

Mereka ini bukan sahaja popular tetapi juga memiliki latar belakang keluarga yang hebat daripada tokoh seni dan korporat dan boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.

Mari kita kenali selebriti-selebriti ini.

1. PU Riz 

Nama sebenar Muhamad Haris bin Mohd Ismail tetapi lebih dikenali sebagai Pu Riz adalah seorang pendakwah bebas dan juga seorang pelakon yang mula aktif dalam industri seni sejak tahun 2016.

Mesti ramai di antara kita yang tidak menyangka bahawa PU Riz lahir dari keluarga yang kaya. Bapa PU Riz iaitu Dato Sri Ismail Norbat adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan juga berjawatan sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif Andaraya.

160607bgrau20roa2gb295

Sumber: Google Image

Tetapi, keluarga PU Riz lebih memilih untuk hidup secara sederhana. Mereka tidak mahu dikenali dan sangat merendah diri. Perkara ini turut diceritakan oleh seorang produser iaitu Datuk Ayu Puteh yang mengenali keluarga PU Riz lebih 15 tahun.

2. Ismail Izzani

160501b2h662wjr2zrhw12

Ismail Izzani Zainal Nazeri merupakan seorang selebriti yang berbakat besar dalam dunia nyanyian. Ismail Izzani mula mencipta namanya ketika dia berusia 17 tahun. Salah satu lagunya iaitu Sabar pernah menjadi satu fenomena satu ketika dulu.

Untuk pengetahuan semua, Ismail merupakan anak kepada penyanyi veteran tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam. Jadi, tidak hairanlah dia juga mempunyai suara yang hebat seperti ibunya.

160705vfeson1855kk7hvs

Sumber: Google Image

Bapa Ismail Izzani iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainudin merupakan seorang usahawan yang pernah menerbitkan filem Pelumba Malam pada tahun 1989.

3. Miera Liyana 

Sumber: Google Image

Selebriti yang dikenali sebagai Miera Liyana ini pun tidak kurang hebatnya. Miera merupakan anak kepada pasangan ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat dan Datin Seri Aishah Abdullah.

Miera sememangnya dilahirkan di dalam dulang emas. Tentu sekali gadis yang berumur 29 tahun ini dilimpahi dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya.

Walaupun lahir dalam keluarga yang dikatakan level ‘kayangan’, Miera ialah seorang yang sangat merendah diri. Dia juga tidak pernah sombong dan bermegah-megah dengan latar belakang keluarganya yang kaya-raya.

4. Yuna Zarai 

173550a0nitv0nt1cfsitf

Yuna Zarai atau nama penuhnya, Yunalis binti Mat Zarai merupakan seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang kini membina nama di peringkat antarabangsa.

Lagu-lagunya yang berunsur rock indie sering kali menghiasa industri muzik negara kita. Yuna juga pernah berkolaborasi dengan Usher dalam lagu yang bertajuk Crush.

173617cwkyyzjwv38fvokg

Mesti kita sangka bahawa Yuna juga dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya. Untuk pengetahuan semua, bapa Yuna iaitu Dato’ Mat Zarai adalah penasihat undang-undang semasa bertugas di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru dan ibunya merupakan seorang guru subjek kimia.

Sungguh tidak sangka selebriti-selebriti ini datang dari keluarga berada. Mereka nampak begitu merendah diri dan tidak sombong, malah tidak pernah menceritakan tentang kekayaan keluarga mereka.

Sumber: CARI

Previous article[VIDEO] Viral Bidadari Cantik Jual Pau, Disangka Hidup Sus4h. Rupanya Bukan Calang2 Orang
Next article[VIDEO] “Yela ada bau rumput sikit..” – Neelofa kena tegur dgn suami, ramai yg trhibur
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here