[VIDEO] Post FB Terakhir 27 Mei Lepas Itu ‘Senyap’ Terus, Ramai Risau Keselamatan Ebit Lew

Seperti yang kita sedia maklum, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew bersama delagasinya telah berangkat ke luar negara dengan membawa misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Ustaz Ebit ke Gaza

 

Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew di Instagram sebelum ini, beliau memaklumkan telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines. Difahamkan, ustaz Ebit juga juga telah membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan sebanyak dua treler besar dan beberapa buah lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza.

Malah, dalam perkongsian lain, beliau berharap agar segala urusan mereka di sana akan dipemudahkan selain berdoa supaya mereka sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Tiada khabar berita

 

Namun, selepas berangkat, ustaz Ebit Lew dilihat langsung tidak mengemaskini akaun media sosialnya termasuklah Instagram, Facebook dan Twitter. Perkongsian terakhir yang dimuat naik ustaz Ebit Lew adalah pada 27 Mei lalu dan sehingga ke hari ini, tiada posting terbaru.

Hal ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana semua orang tahu, ustaz Ebit sangat aktif di media sosial dengan berkongsi aktiviti hariannya seperti berdakwah dan sebagainya. Tetapi kali ini, ustaz Ebit terus ‘menghilangkan diri’ tanpa meninggalkan apa-apa ‘update’.

Kebanyakan rakyat Malaysia mula berasa bimbang dengan keselamatan ustaz Ebit dan mereka tertanya-tanya adakah ustaz Ebit masih berada di Palestin ataupun sudah pulang ke Malaysia. Meskipun begitu, sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diperoleh berkaitan misi bantuan yang disertai ustaz Ebit.

Netizen mula bimbang

Doa yang baik-baik

Sumber: Ustaz Ebit Lew, Wada Ruslee, Hartina Dalila

via Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*