Petik Ayat Dari Al-Quran, Soo Wincci Bida$ Kenyataan Prof Muhaya Tentang J0doh

Baru-baru ini, pakar mata Prof. Dr. Muhaya Mohamad menjadi bualan hangat netizen apabila mengeluarkan kenyataan tentang isu “Kenapa Wanita Lambat Dapat J0doh”.

Berikutan itu, kenyataannya yang berbunyi “wanita perlu buat bodoh-bodoh sedikit baru lelaki suka” dikec4m dan mengund.ang rasa mara.h ramai pihak kerana seakan menyuruh wanita merendahkan diri untuk mendapat j0doh.

I$u tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah golongan akademik seperti Dr Amalina dan terkini penyanyi dan model Dr Soo Wincci.

Bida$ kenyataan Prof Muhaya

Menerusi beberapa ‘posting’ di Instagram, Dr Soo membidas kenyataan tersebut dengan menegaskan ia merupakan 1 pen1puan terhadap orang lain dan diri sendiri.

Menurutnya, tindak.an seperti itu tidak patut dilakukan hanya kerana seorang wanita ingin berkahwin.

“Saya tak boleh terima ini Prof. Buat b0doh ini hanya demi nak kahwin. Itu juga merupakan sesuatu yang tak betul kan. Sebab anda sedang men1pu orang di samping memijak sendiri hanya semata-mata nak kahwin?,” tulisnya.

Petik ayat al-Quran

Mengulas dengan lebih lanjut, wanita berusia 36 tahun itu memetik ayat 41 dari Surah al-Maaidah yang dikongsi melalui Insta Story.

“Wahai rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang berkata dengan mulutnya: Kami tetap beriman, padahal hatinya tidak beriman,” tulisnya, diambil dari firman Allah dalam Surah al-Maaidah ayat 41.

Menerusi perkongsian itu, Soo Wincci memberitahu bahawa orang yang kufur merupakan orang munaf1k yang dilihat beriman dari segi luaran tetapi sebaliknya di dalam hati.

Bekas Miss Malaysia World itu turut menyamakan orang munafik seperti orang yang berpura-pura b0doh untuk menampakkan kebaikan di mata lelaki.

“Biarlah tak kahwin pun jangan buat-buat bodoh demi nak kahwin sebab kita nak buat-buat b0doh seumur hidup?” tegas Soo Wincci.

Beri na$ihat kepada orang ramai

Sementara itu, Soo Wincci memuat naik ‘posting’ lain dengan tujuan untuk memberi nasihat kepada orang ramai berkenaan j0doh

“Percayalah jika ia cinta yang sejati. Bagi mereka tenggok yang tulen
lihat siapa yang betul ikhlas. Daripada seorang dari yg masih bujang. Biar lambat asalkan betul. Biar bujang asalkan jujur,” nasihatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut kagum membaca perkongsian wanita itu.

Ada juga yang mempersoalkan agamanya kerana menggunakan ayat al-Quran. Namun begitu, Soo Wincci menjelaskan bahawa dia suka menjadikan ayat al-Quran sebagai rujukan kerana ia merupakan ‘petua’ atau petunjuk yang baik.

Terdahulu menerusi video yang tular di serata laman sosial, ramai yang kurang berpuas hati dengan pendapat daripada doktor pakar mata itu

Dalam video berkenaan dia meminta agar wanita perlu terlihat lemah-lembut dan mengurangkan keegoan diri seperti ingin berada sama level dengan lelaki kerana secara hakikatnya kaum Adam merupakan pemimpin dalam kehidupan.

Sumber: Instagram Soo Wincci

via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*