Azwan Ali Perli Menteri Makan Meggi Selepas Gaji Dipotong 3 Bulan Bikin Netizen Terhibur

Baru-baru ini, gambar mempamerkan ahli politik Azmin Ali sedang makan mi segera atau ‘maggi’ kosong menjadi tular di serata laman sosial termasuklah Twitter.

Biarpun gambar tersebut sudah lama, ramai yang memuat naik gambar itu semula dan mengaitkannya dengan situasi terkini di mana gaji para menteri dibekukan selama 3 bulan bagi membiayai perbelanjaan COVID-19.

Menteri tunjuk makan Maggi kosong?

Tidak ketinggalan juga, adik kepada Azmin Ali iaitu pengacara terkenal Azmin Ali atau Diva AA turut berkongsi video memperlihatkan dirinya sedang makan mi segera namun dengan tambahan aneka lauk.

Ada ayam seketul, ada udang dan macam-macam lagi lah!

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kata-kata pengacara itu, seakan ‘memerli’ tindakan segelintir ahli politik yang berasa diri berada dalam kesusahan setelah dipotong gaji selama 3 bulan.

“Jangan jadi bangsat2 attention seekers, 3 bulan kena ‘freeze’ gaji menggelupur tayang kat rakyat kononnya makan maggi kosong,” katanya.

Selain itu, video pengacara berusia 55 tahun itu juga dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang turut memaparkan gambar abangnya, Azmin Ali yang sedang makan ‘maggi’.

Jadi, netizen mendakwa video Diva AA itu sebenarnya ditujukan kepada abangnya yang juga merupakan Ketua Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pengacara yang turut dikenali ramai dengan julukan ‘mulut laser’ terbabit.

Ada juga yang berseloroh mengatakan hanya adik beradik sahaja boleh menegur atau memerli satu sama lain.

Dia je boleh menganjing abang dia

Gaji tinggi banyk duit, tiba2 makan Maggi kosong

Potong gaji tapi dapat elaun tau

 

Maggi pun jadi bahan

Sumber: Twitter Diva AA, TikTok @aie7448 via sportdailynews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*