Kamal Adli, Uqasha Senrose Reda Majlis Nikah Kena Tangguh

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pelakon Kamal Adli mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinannya dengan Uqasha Senrose.

Mengakui persiapan majlis perkahwinan mereka sudah hampir selesai, Kamal berkata dia dan Uqasha reda dengan keputusan tersebut.

“Ikut keadaan sekarang memang kena tangguh dahulu. Persiapan dan bayaran untuk segala persiapan majlis memang sudah selesai.

“Namun daripada teruskan dalam keadaan ini, baik kami berdua tangguh saja. Saya dan Uqasha juga reda,” katanya.

Belum lagi mempunyai perancangan mengenai tarikh baru, Kamal berkata semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan PKP akan berakhir awal bulan depan.

“Tidak tahu berapa lama kami akan tangguh majlis ini. Ikutkan PKP akan berakhir 6 Jun. Mungkin ada pengumuman berbeza. Saya juga tidak tahu,” katanya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha baru sahaja meng1kat tal1 pertunangan pada April lalu dan mended4hkan melangsungkan perkahwinan di pusat peranginan tanah tinggi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Media Sayur

Sumber: Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*