Dah Elok Jadi Pegawai Bank Tapi Berhenti Kerja Untuk Urus Warung -“B0doh, Tak Fikir Panjang”

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah pegangan gadis ini sewaktu dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pegawai bank pada tahun 2018 demi memberi fokus terhadap warung milik ibu bapanya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut Nur Shazwina Anis Mohd Tahir, 24, yang juga graduan bidang Perniagaan Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor, dia sempat bekerja selama enam bulan sahaja sebelum membuat keputusan drastik yang mana ia ternyata tidak disenangi ramai kenalan yang lain.

“Masa berhenti, saya menerima kec4man daripada kenalan. Mereka kata saya b4doh dan tak berfikir panjang. Si4-si4 belajar, mereka kata saya bu4ng masa.

“Tapi saya tak kisah. Saya dah tengok mama dan abah berniaga warung sejak 1996. Saya memang minat berniaga dan mahu fokus untuk tolong mereka.

Wina bersama kedua ibu bapanya.

“Saya pun dah terbiasa sejak kecil. Balik sekolah je mesti akan tolong mereka di warung. Saya saksikan sendiri kesus4han mereka,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Wina, anak ketiga daripada empat beradik itu mendedahkan dia tidak pernah menyes4l dengan keputusan yang dibuat.

Suasana dalam Warung Mami Zie.

Malah katanya, jauh di sudut hati dia berasa seb4k apabila usaha untuk menaikkan nama ‘Warung Mami Zie’ milik keluarganya itu membuahkan hasil.

Selain membuat ubah suai dengan dekorasi lebih segar dan menarik, Wina juga banyak mengahsilkan video di media sosial untuk menarik kehadiran pelanggan.

“Saya tak pernah menyesal. Pada ketika saya berhenti kerja bank, saya memang fokus pada warung, fokus nak kembangkan perniagaan.

Rezeki Allah sangat luas, asalkan kita rajin berusaha.

WINA

“Baru-baru ini saya ubah suai kedai sikit. Saya terharu bila ada pelangan datang, mereka kata mereka tahu mengenai warung melalui Instagram dan TikTok saya.

“Dulu ada juga yang kecam saya main TikTok, padahal niat saya lain, saya nak kembangkan bisnes dan buat promosi warung.

“Apa-apa pun, saya berpegang pada konsep rezeki. Rezeki Allah sangat luas, asalkan kita rajin berusaha,” ujarnya.

Antara menu yang ditawarkan.

Kata Wina, bapanya, Mohd Tahir Che Ahmad, 61, menghidap str0k ringan manakala ibunya, Roziah Megat Osman, 58, masih lagi mampu membantu operasi perniagan.

Tambah Wina, kedua ibu bapanya menitipkan pesan agar sentiasa berbuat baik kepada pelanggan sebagai salah satu petua dimurahkan rezeki.

Warung yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu terkenal dengan hidangan nasi campur, sotong bakar, ikan pari bakar dan nasi ayam penyet.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mstar via teh tarik kaw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*