Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) RM1000 Sebulan

Buat ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 Sebulan untuk 1 keluarga.

Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak-kanak 2021 atau BKK adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan anak-anak mendapat jagaan sempurna.

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan kanak-kanak RM1000 sebulan berbanding sebelum ini RM450 untuk satu keluarga.

Jumlah BKK lama:

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.

Jumlah BKK 2021:

Kadar minimum adalah sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan (keseluruhan) dengan pecahan seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Anda juga boleh mohon bantuan:

Syarat Kelayakan BKK Jabatan Kebajikan Masyarakat

Antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan JKM ini adalah:

1. Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas).

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Ibubapa juga boleh membuat Permohonan Bantuan Smartphone Percuma untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Permohonan Bantuan Kanak Kanak 2021 Secara Online

Berikut adalah panduan untuk memohon bantuan secara online:

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM

2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.

3. Klik DAFTAR PERMOHONAN

4. Pilih NEGERI pemohon.

5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.

6. Klik DAFTAR.

7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.

8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.

9. Klik KEPUTUSAN.

10. Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.

11. Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

12. Sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Anda juga boleh memohon secara manual dengan hadir terus ke mana-mana Pejabat JKM yang berdekatan dengan anda.

Anda memudahkan urusan, anda boleh muat-turun Borang Permohonan dibawah ini:

  1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
  2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan bantuan JKM ini, anda tinggalkan komen dibawah ini atau hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan : 03 – 8000 8000.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.

Sumber : jawatanmalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*