Gadis ni selamba je rentas negeri guna keretapi tapi akhirnya kantoi dengan pihak polis. Rupanya ini alasan yang bagi sampaikan dia tetap kena kompaun Rm5ribu.

Seorang remaja perempuan telah dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 kerana didapati merentas daerah tanpa kebenaran dengan menggunakan perkhidmatan tren di Terminal Pengangkutan Penang Sentral. Memetik laporan Harian Metro, remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu dikenakan kompaun RM5,000 selepas gagal mengemukakan surat kebenaran merentas daerah atau apa-apa dokumen berkaitan ketika pihak polis mengadakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan berkenaan.

Ketika pemeriksaan polis menemui sepasang kekasih yang datang dari Bukit Mertajam di daerah Seberang Perai Tengah ke Penang Sentral yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, walaupun begitu, teman lelakinya yang datang dari Kedah itu mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

Apabila siasatan, teman lelakinya yang juga berusia 19 tahun datang dari Kedah sebelum mengambil teman wanitanya di Bukit Mertajam untuk sama-sama pergi temu duga kerja di sebuah syarikat di negeri ini. Remaja lelaki itu mempunyai dokumen rentas negeri termasuk surat panggilan temu duga kerja,

namun teman wanitanya tidak mempunyai apa-apa dokumen maka polis mengeluarkan kompaun atas kesalahan merentas daerah. Jelasnya lagi, kebanyakan individu yang meminta kebenaran merentas negeri terdiri daripada pasangan jarak jauh (PJJ) dan selebihnya adalah pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian dan urusan bekerja.

Sampai Ada Yang Nak Jual Kedai Runcit Gara Gara Kena Kompaun Sampai 50k. Sebak Ini Luahan Antara 3 Peniaga Yang Dikenakan Kompaun 50k.

Kota Bharu: “Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, memang saya tidak akan mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000”.Demikian luahan Mansah Marjurin, 47, iaitu antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 pada Ahad lalu bagi kesalahan beroperasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia yang berniaga kedai runcit di Jalan Chempaka di sini berkata, sememangnya dia tiada kemampuan untuk membayar kompaun kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak tujuh bulan selain sebuah kereta ditarik oleh pihak bank sejak PKP.

Menceritakan kejadian jam 11.40 malam itu ketika didatangi empat anggota polis, bapa kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata, premis kedai runcit miliknya sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.

“Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai. “Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.

“Saya sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disaman dengan jumlah RM50,000,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit dan isteri juga tidak bekerja.

“Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut. Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan. “Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti,” katanya yang tinggal di Taman Tanjung Mas, di sini.

Dia turut berharap ada pihak tampil membantunya selain membantu dua peniaga lain yang dikenakan jumlah kompaun sama. Media semalam melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, Ahad lalu.

Beliau dilapor berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu. “Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya dipetik.

Sumber : Metro

Lepas Penjual Burger Kalini Giliran Peniaga Colek Pula Yang Kena Kompaun Sampai Rm50 Ribu. Sebak Bila Tiba Tiba Peniaga Ni Luahkan Sesuatu Lepas Kena Saman Tu.

SELEPAS kecoh isu seorang peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana berniaga melebihi had masa, terbaharu tular pula kisah seorang peniaga colek yang turut dikenakan jumlah kompaun yang sama. Memetik laporan Berita Harian, peniaga colek tersebut, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, telah dikenakan kompaun dua hari lalu sewaktu beberapa anggota polis datang ke rumahnya di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu.

“Saya terkejut dan terkedu ketika melihat jumlahnya, sedangkan nak dapat RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun susah kerana saya hanya berniaga di kawasan kampung,” katanya yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya.

“Ketika polis datang, kedai saya sudah ditutup pada pukul 10 malam dan kebanyakan lampu dipadamkan. Hanya lampu di dapur yang masih terbuka kerana saya dan isteri masih mengemas,” katanya sambil menambah pada waktu yang sama, dia sedang memasak makanan untuk anak-anaknya yang masih belum tidur.

Katanya lagi, sungguhpun jika kompaun dikurangkan menjadi RM10,000, jumlah tersebut masih terlalu mahal baginya dan dia lebih rela ditahan. “Ini adalah kali pertama saya dikompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri saya menjual mi pada hari-hari biasa,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata bahawa polis akan memanggil tiga peniaga gerai termasuk peniaga colek, untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Kena Kompaun Sampai Rm50 Ribu Sebab Berniaga Depan Tangga Rumah. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Isteri Tampil Bongkarkan Cerita Sebenar Masa Polis Datang Bagi Kompaun Tu.

“TIDAK adil kami dikenakan kompaun dalam jumlah yang begitu besar, kami bukan pemilik restoran tapi hanya berniaga depan tangga rumah”. Demikian luahan penuh kecewa Nor Laili Shafii, selepas gerai burger yang diusahakan bersama suami, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, dikenakan kompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Bercerita lagi, Nor Laili berkata gerai mereka yang terletak di hadapan rumah di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu didatangi anggota polis yang menaiki sebuah kereta pada kira-kira pukul 11 malam Ahad. “Masa itu saya dan suami sedang menyiapkan tempahan burger pelanggan… memang tiada seorang pun pelanggan di gerai ketika itu, hanya saya dan suami serta empat pekerja.

“Anggota polis keluar daripada kereta dan bertanya kenapa tak tutup lagi? Kami jelaskan sedang siapkan pesanan pelanggan yang merupakan pekerja kilang dan akan hantar (COD). Memang tak berniaga dah masa itu. “Mereka terus meminta kad pengenalan, kami merayu dan beritahu akan terus tutup gerai tapi nampaknya rayuan tak didengari. Mereka terus keluarkan kompaun.

“Bila tengok jumlah tu memang terkejut… biar betul. Kami hanya berniaga cari makan depan tangga rumah, dan tiada seorang pun pelanggan. Namun tanpa budi bicara, kompaun terus dikeluarkan… tiada amaran atau budi bicara,” kata wanita berusia 37 tahun ini.

 

Tambah wanita ini, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan mengenai gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan. Difahamkan, kompaun tersebut merupakan kes berulang selepas kali pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila mereka dikenakan kompaun RM 1,000.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan. “Mungkin ada yang tak puas hati dengan sambutan yang diterima gerai kami. Kami dah berniaga burger selama belasan tahun cuma hanya tahun lalu baru berniaga di depan rumah sebab PKP. Boleh dikatakan ramai yang tahu gerai Faisal Burger.

“Lagi pula ramai yang bekerja shif contohnya pekerja kilang. Waktu-waktu pukul 10 macam tu baru mereka nak cari beli makanan, dan ada juga nak beli untuk bersahur. Tapi dah ditetapkan operasi sehingga 10 malam sahaja. “Pasal lebih masa, saya rasa banyak juga kedai yang ikut peraturan. Disebabkan itu saya rasa kalau nak adil, biarlah adil dan kuat kuasa peraturan kepada semua,” ujarnya.

Tambah Nor Laili, bisnes burger merupakan satu-satunya mata pencariannya bersama suami justeru mereka terlalu berharap agar nilai kompaun yang dikenakan agar dipertimbangkan semula. “Bayangkan, kami hanya berniaga burger tapi begitu besar nilai k.ompaun yang dikenakan. Kami bukannya pemilik restoran. Namun kami anggap ini ujian Ramadan.

“Namun apapun kami bercadang untuk mengemukakan rayuan kelak,” ujarnya lagi. Terdahulu, perkongsian yang dibuat mengenai perkara berkenaan di laman Facebook menjadi tular di mana sehingga kini ia meraih 5,300 kongsian. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa simpati dengan nasib pasangan suami isteri berkenaan, malah ada yang turut meminta nombor akaun bagi menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Jemaah Di Senawang Dikatakan Kena Kompaun Gara Gara Berkumpul Di Ruangan Makan Surau. Akhirnya Pihak Berkuasa Tampil Bersuara Bagitahu Cerita Sebenar.

Seremban: Tindakan ahli kariah Surau Taman Matahari Height Senawang, di sini, yang dipercayai berkumpul di ruang makan surau berkenaan semalam, dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Mereka dikatakan berkumpul di ruang makan berkenaan sambil menikmati makanan ringan selepas selesai solat Maghrib sementara menunggu waktu solat Isyak. Anggota penguat kuasa yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan pergi lokasi terbabit dan menyoal siasat mereka yang berkenaan.

Jurucakap JHEAINS, berkata terdapat lebih lima individu berkumpul di ruang makan surau berkenaan antara waktu Maghrib dan Isyak. Katanya, tindakan ahli kariah surau berkenaan ingkar garis panduan yang dikeluarkan jabatan itu mengenai prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“JHEAINS sudah mengeluarkan arahan sebelum ini mengenai larangan berkumpul di masjid dan surau sebelum dan selepas solat. “Kebenaran solat berjemaah diberikan dengan mengikut kapasiti ruang solat masjid dan surau.

“Anggota penguat kuasa merekodkan semua nama individu yang terbabit dan mereka diberikan am4ran serta diminta hadir ke pejabat ini dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya tadi. Beliau berharap kes berkenaan tidak berulang dan menggesa semua pihak mematuhi SOP serta garis panduan yang dikeluarkan.

Terdahulu, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli menegaskan umat Islam di Negeri Sembilan perlu terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan pihak berkuasa ketika berada dalam kawasan masjid, surau dan ketika bersurai selepas melaksanakan ibadah.

Beliau berkata, tindakan itu penting supaya tidak membuka ruang ftnah kepada umat Islam dan dalam masa sama boleh terus melaksanakan ibadah dengan tenang di samping menghidupkan masjid dan surau. “Setiap individu Muslim hendaklah bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga kesucian Islam agar tidak diperlekehkan oleh orang lain. “JHEAINS tetap konsisten untuk mengambil tindakan tegas terhadap orang yang ingkar SOP sama ada oleh individu, jemaah atau pihak jawatankuasa masjid,” katanya.

Bukan Kompaun

SEREMBAN: Bukan kompaun tetapi teguran diberikan kepada beberapa ahli jemaah surau Taman Matahari Height, Senawang dekat sini selepas mereka didapati tidak mengikuti prosedur standard 0perasi (SOP) yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Ia selepas tular di media sosial hari ini beberapa gambar jemaah surau tersebut yang dikatakan dikompaun sebanyak RM 1,000 oleh anggota penguat kuasa apabila mengadakan jamuan selepas waktu solat maghrib di surau berkenaan semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Nik Azlan Nik Man berkata, tiada sebarang saman atau apa-apa notis dikeluarkan oleh pihak Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAINS ke atas jamaah di surau berkenaan. Tambahnya, dkwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kmpaun juga adalah tidak benar kerana Pegawai Penguat Kuasa Agama tiada sebarang kuasa untuk menawarkan sebarang kmpaun ke atas mana-mana individu.

“Gambar tular yang menunjukkan pegawai penguat kuasa sedang menulis seakan-akan kompaun adalah sebenarnya Notis Perintah Hadir untuk Memberikan Keterangan. “Ini kerana penerima notis berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 59 Enakmen Jnyah Syariah (NS) pindaan 2019 yang berkaitan dengan Engkar Arahan Pihak Berkuasa Agama kerana tidak mematuhi SOP Pengimarahan Masjid dan Surau yang dikeluarkan oleh pihak JHEAINS kerana mengadakan aktiviti jamuan dan menjamu makanan di antara jemaah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam kejadian di surau tersebut semalam, seramai lima individu diberikan Notis Perintah Hadir Memberikan Keterangan tersebut dan kejadlan berlaku di antara waktu solat Maghrib dan Isyak. Sementara itu, menurut Nik Azlan lagi, pihaknya setakat ini telah menjalankan kira-kira 10,000 pemeriksaan di surah dan masjid di Negeri Sembilan bagi memastikan jemaah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Selepas pemeriksaan tersebut kami belum lagi mengeluarkan notis berkenaan sehinggalah semalam kerana dilihat ada yang ingkar SOP tersebut dan kami perlu bertegas. “Kami akan terus melakukan pemeriksaan termasuk pada waktu Subuh, kita sayang kepada umat Islam malah langkah ini juga bagi menjaga nama baik masjid dan surau di negeri ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/jemaah-masjid-komp/

Kes Masih Lagi Mencatatkan 4 Angka. Sekali Doktor Ni Tampil Buka Mulut Cerita Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan Masa Merawat Pesakit Positif Covid 19 Di Unit Rawatan Rapi.

Tepat setahun lalu, Malaysia mencatat kes pertama Covid-19 dan pada 17 Mac negara dikejutkan apabila wabak itu pertama dengan penyakit pernafasan. Pada masa ini, negara secara konsisten mencatatkan jangkitan empat angka setiap hari, dengan angka pemergian keseluruhan sebanyak 689 yang pergi menghadap illahi setakat 25 Januari.

Bagi doktor seperti Dr Engku Naim Nasir, angka-angka ini lebih daripada sekadar statistik kerana ia mengingatkannya kepada individu yang telah sembuh dan orang-orang yang telah pergi menghadap illahi ketika bawah jagaannya di unit rawatan rapi Hospital Sungai Buloh.

Engku, salah seorang doktor terawal yang ditugaskan di Unit rawatan rapi hospital ini sejak sakit itu melanda. Engku berkongsi beberapa saat yang paling tidak dapat dilupakan ketika bersama pesakit dalam wawancara dengan KiniTV baru-baru ini.

Antaranya, pengalaman merawat seorang pesakit warga emas berusia 70 tahun. “Apabila dia datang mendapatkan rawatan keadaannya sudah memburuk. “Saya katakan kepada pesakit itu: Pak cik, saya nak tolong pak cik, nak tolong selamatkan pak cik.

“Tetapi pesakit itu menjawab: Tak apa, masa saya sudah sampai, saya memang sudah patut pergi menghadap illahi,” katanya. Pesakit itu kemudian menghembuskan nafas terakhir. Kata Engku, memerhatikan pesakit pergi menghadap illahi akibat Covid-19 merupakan detik sukar bagi dirinya kerana mereka tidak ditemani oleh ahli keluarga atau rakan mereka ketika melalui saat-saat akhir.

Dengan jumlah kes yang berada pada tahap membimbangkan, dia berkata sistem penjagaan kesihatan mungkin tidak akan dapat menampung pesakit jika trend semasa berterusan. “Jika kes Covid-19 terus meningkat saya bimbang sistem kesihatan kita tidak mampu menanganinya lagi.

“Saya bimbang, jika kita mungkin akan menjadi seperti Itali,” katanya. Pakar bius itu menjelaskan keadaan di negara Eropah tersebut apabila pesakit terbiar pergi menghadap illahi tanpa mendapat rawatan kerana kekurangan doktor dan sistem kesihatan sudah berada pada tahap genting.

Dari Disember 2020 ke Januari 2021, pesakit di unit rawatan rapi meningkat dua kali ganda daripada sekitar 110 kes menjadi lebih daripada 250 kes. Jumlah kes aktif juga meningkat daripada sekitar 18,000 menjadi 43,000 dalam jangka masa yang sama. Engku kini merupakan pensyarah UiTM dalam bidang anestesia dan rawatan intensif. Dia juga terlibat dalam penyediaan Hospital UiTM untuk menguruskan pesakit Covid-19.

sumber : awani

Kes Positif Covid 19 Masih Kekal 4 Angka. Terkini Saintis Beri Amaran Covid 19 Boleh Buat Lelaki Jadi Mandul. Sekali Ini Respon Dari Dr Noor Hisham Buat Warganet Terkedu.

Kuala Lumpur: Kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan jika jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandlan pada lelaki kerana virus terbabit berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menjalankan lebih banyak kajian lagi berhubung perkara itu. “Kita perlukan banyak lagi kajian untuk mengesahkan perkara terbabit,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Terdahulu pihak saintis memberi amaran jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandlan pada lelaki kerana virus itu berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperm4. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology, penyelidik menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.

Menurut kajian itu, sistem pembiakan lelaki disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu. Laporan awal turut menunjukkan kemungkinan penularan Covid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi pada pasangan dijangkiti.

kredit : http://apampink.net/rentas-negeri-guna-keretapi/?fbclid=IwAR2_aYHzWsO94aFIZuiwvnmGbOjlzsaoNDF4klSKmRLCJLUJuAXGgQc3GS4

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*