C4but Semua Gerai Jualan, Ifa Raziah Reda Karnival Aidilfitri Dibat4lkan

Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah akur apabila kerajaan mengumumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei ini.

Ifa Raziah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd., selaku penganjur Starvendors Mega raya Fest 2021, akan memulangkan semula bayaran yang telah dibuat oleh vendor atau penyewa tapak.

Ia melibatkan 300 lebih gerai (booth) disediakan termasuklah 50 booth khas untuk selebriti yang membawa jenama masing-masing.

“Terlebih dahulu pihak pengurusan ingin memohon maaf kepada semua vendorian, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama menjayakan event kami.

“Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda semua kerana sudi menunggu dan memberikan ruang dan kesempatan kepada pihak pengurusan, WTC dan MKN untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian untuk keputusan pengumuman PKP 3.0 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Setelah berbincang dengan pihak WTC dan pihak berkuasa, dan disokong oleh kenyataan Menteri Wilayah, pihak kami tidak dibenarkan meneruskan Starvendors Mega Raya Fest 2021. Semua acara lain sedang dan berlangsung di WTC juga telah dibatalkan.

“Pihak pengurusan Star Vendors dengan rela hati akan memulangkan semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors.

“Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah pada sidang media yang berlangsung 24 April 2021 lalu,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ifa proses bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu bekerja bermula dari Tarikh 7hb Mei 2021.

“Untuk segala proses refund, sila hubungi dengan staff yang anda berurusan.

“Allah datangkan ujian supaya kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, Allah hilangkan sesuatu supaya kita reda, ada hikmah.

“Doa yang baik-baik, Insyallah yang datang semua yang baik-baik,” katanya.

Sehingga malam tadi, gerai-gerai jualan juga telah dic.abut pihak penganjur bagi mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*