Kucing Sertai Kambing Makan Rumput, “Kau Dah Kenapa Cing?”

Si comel dari spesis kucing ini sememangnya sering kali mencuri perhatian ramai dengan telatah mereka. Bukan sahaja manja, malah boleh dikatakan haiwan ini sangat sesuai dipelihara dan dapat menghiburkan hari pemiliknya.

Namun begitu, telatah seekor kucing dalam rakaman ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam video itu kelihatan seekor kucing di dalam kandang kambing dan sedang makan rumput. Lebih menghiburkan apabila telatah kucing ini yang mengikut kambing itu seakan ia adalah spesis sama seperti haiwan tersebut.

Berikut adalah rakaman kucing sertai kambing makan rumput yang telah dimuat naik oleh satu akaun Twitter baru-baru ini:

Amboi cik cing, lupa daratan ke tu? Awak tu kucing bukannya kambing tau! Ada-ada sahaja karenah haiwan comel ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman kucing sertai kambing makan rumput ini telah meraih lebih 140 ribu tontonan dan 2,700 retweets serta 8,000 likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan telatah haiwan ini dan meninggalkan komen mereka seperti berikut:

“Kucing itu lagu sakit perut makan rumput nampak gayanya tu”

“Kucing saya pernah makan rumput sampai muntah keluar rambut panjang. Lepastu tak bangun2 dah”

“Teringat kucing aku dulu hilang 3 hari. Rupa-rupanya dia main di kandang kambing jiran. Balik rumah badannya kotor sangat dan bau kambing”

sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*