Tular Video Dvkun Buat Upacara Di Tengah Laut, Dipercayai Bantu Cari Kapal Selam Indonesia

Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai dukun didakwa membantu mencari kedudukan kapal selam KRI Nanggala-402 yang telah hilang di kawasan perairan utara Bali, sejak Rabu lalu.

Akaun Instagram @makassar_iinfo yang mempunyai 1.2 juta pengikut memuat naik tiga rakaman video memperlihatkan Persatuan Dukun Nusantara (PERDUNU) sedang melakukan amalan ritual di atas sebuah kapal di tengah laut, semalam.

VIDEO:

Koleksi video tersebut pada asalnya dikongsi menerusi laman Facebook Spiritual 24 Jam, sebelum dikongsi semula di beberapa akaun media sosial lain termasuk di saluran YouTube.

Memetik artikel di portal Pikiran Rakyat Bekasi, terlihat lelaki berbaju putih dalam video tersebut dipercayai ketua dalam melaksanakan ritual itu menyebut beberapa ‘mantera’ tertentu selain doa Nabi Yunus AS di hadapan dua bekas kecil tempayan air.

Paparan skrin laporan.

“Upacara hari ini, nanti kita tutup dengan menghanyutkan (sambil menunjuk sebuah tempayan) yang kita mohonkan kepada Allah.

“Mudah-mudahan melalui cara ini, kapal KRI Nanggala-402 dapat ditemukan dengan segera dan semuanya menjadi selamat,” kata lelaki berbaju putih tersebut.

Berikutan itu, ruangan komen posting @makassar_iinfo dihujani lebih 1,500 komen warganet yang berdebat antara satu sama lain mengenai tindakan dukun tersebut.

Rata-rata netizen mengatakan tidak salah sekiranya upacara berkenaan bertujuan untuk membantu berdasarkan adat dan kepercayaan masing-masing. Namun ada juga segelintir individu menyifatkan perbuatan itu adalah syirik.

Namun menurut laporan media tempatan, harapan bagi menyelamatkan puluhan kelasi kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) itu semakin tipis berikutan bekalan oksigen dipercayai sudah kehabisan.

Sumber: Instagram @makassar_iinfo , Pikiran Rakyat Bekasi

Via : https://borakdaily.com/tular-video-dukun-buat-upacara-di-tengah-laut-dipercayai-bantu-cari-kapal-selam-indonesia/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: trendingkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*