Anak senarai nama artis langgar SOP, sampai Zarina Zainuddin kena mintak maaf

Kuala Lumpur: Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin mencuri perhatian netizen menerusi hantarannya di Instagram apabila memuat naik beberapa foto selebriti yang dikatanya mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan pelakon dan pengacara, Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

Dalam hantarannya itu, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Razal Azrai, 25, menulis keterangan gambar serta menanda (tag) nama selebriti-selebriti itu.

“Ini adalah artis Malaysia yang menjadi saspek dan hadir ke majlis perkahwinan Neelofa antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penj4rakan sosial dan fizikal serta mel4nggar SOP!” tulisnya.

Azal yang juga anak Aut1isme memuat naik hantaran berkenaan bagi berkongsi pendapatnya mengenai SOP ketika penularan Covld-l9 seperti yang dikuatkuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Zarina menerusi ruangan komen yang menegur dalam nada gurauan turut mencuri tumpuan pengikutnya di platform media sosial itu.

“Aduh! Dia jadi polis pulak! Dah tak ada kerja lain ke menyibuk hal orang? Azal jadi wartawanlah, dapat gaji,” tulisnya.

Rata-ratanya netizen menyokong tindakan Azal yang berani bersuara mengenai perkara itu. Hantaran Azal itu mendapat hampir 6,000 tanda ‘like’ dan 300 komen.

Zarina Zainuddin mohon maaf dengan rakan artis

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin memohon maaf terhadap barisan artis yang nama mereka disebut anaknya, Azal Azrai dalam hantaran di Instagram yang mendakwa mereka mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

Zarina ketika dihubungi berkata, dia sebagai rakan memohon maaf sekiranya mereka tersinggung dengan tindakan anak istimewanya itu.

“Saya pun perlu menjaga hati orang dan sebagai manusia, saya juga ada melakukan kesalahan. Kadang-kadang, kita terlepas pandang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, Azal atau nama sebenarnya, Muhammad Razal Azrai, 25, yang menghidap aut1isme menulis atau mengeluarkan kata-kata mengikut hatinya.

“Dia sendiri yang mengendalikan akaun Instagram itu dan Azal memang anak yang jujur. Dia tak tahu nak cakap berpusing-pusing. Dia suka tengok berita dan tahu banyak perkara mengenai isu semasa. Dah macam wartawan pula.

“Saya kadang-kadang sibuk dengan urusan kerja dan tak sempat nak memantau. Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus,” katanya.

Menurut Zarina, walaupun anaknya itu anak istimewa, dia benar-benar menjaga SOP setiap kali keluar atau menemaninya ketika berada di lokasi penggambaran.

“Dia sendiri sangat menjaga SOP. Dalam begnya ada banyak cecair pembasmi kuman dan selalu bawa banyak pelitup muka. Kalau masuk ke pusat beli-belah, dari pintu masuk hingga ke semua kedai, dia akan imbas kod MySejahtera dan suhu badan.

“Kadang-kadang, saya pun dia ingatkan supaya menjaga jarak fizikal, selalu memakai pelitup muka dan jaga SOP,” katanya.

Semalam, Azal memuat naik foto beberapa selebriti tanah air dan mendakwa mereka sebagai suspek yang mel4nggar SOP, antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://justbdallnews.com/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*