Alami Keceder4an Muka Dan Mengadu S4kit Dada, Datuk Nash Dikejarkan ke Hospital

Penyanyi Datuk Nash dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam kem.alangan di kilometer 250.8 (arah Utara), Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira pukul 4 petang tadi.

Berita itu juga dimaklumkan oleh laman Facebook rasmi Angk.atan Pert.ahanan Awam Malaysia sebentar tadi.

“Kem.alangan yang berlaku petang tadi yang melibatkan Lagenda Rock tanah air Datuk Nash. Semoga sembuh kepada lagenda kita yang merupakan pegawai bersekutu Ang.katan Pert.ahanan Awam Malaysia. @apmrembau terima kasih untuk tindakan pantas,” maklumnya

Dalam pada itu menerusi laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim memaklumkan Nash mengalami kec.ederaan di bahagian muka dan mengadu sa.kit di dada sebelum penyanyi itu kemudiannya digegaskan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Tambahnya, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dinaiki Nash iaitu jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.

“M.angsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki m.angsa telah mel.anggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas mel.anggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.

“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*