Tahniah! Aafiyah dah jadi kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak lelaki pada 7 Ramadan

RAMADAN kali ini memberi kenangan manis buat penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila selamat melah1rkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi, Isnin iaitu hari ketujuh umat Islam berpuasa.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilah1rkan menerusi kaedah pembed4han di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K berkata, proses kelah1ran anak kedua mereka itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mend0akan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.

“Terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF and Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melah1rkan,katanya

Untuk rekod, keham1lan keduanya ini turut melalui proses r4watan kesvburan in-vitro atau In v1tro fert1lization (IVF) sama seperti anak pertamanya, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Pada 7 April lalu, Siti, 42, memberitahu dia akan melah1rkan anak kedua ini pada awal Ramadan.

Meskipun ini bukan pengalaman pertama, Siti berkata dia masih berdepan rasa gementar untuk melalui proses kelah1ran sekali lagi.

“Saya yakin setiap ibu yang pernah melalui proses bersalin pasti gementar. Pengalaman bersalin kali pertama tentu tidak sama dengan kedua.“Saya memohon agar mendoakan proses bersal1n berjalan dengan lancar dan dipermvdahkan,”

Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid atau Datuk K pada 21 Ogos 2006.

Pasangan ini dikvrniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas 10 tahun berkahwin.

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*