“Comelnyee..”.Baru Berusia Setahun, Anak B0ngsu Aeril Zafrel Pun Pandai Main TikTok

“Memang sebijik macam ayahnya, pantang nampak kamera terus berjoget ya”

Kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Logik juga kalau kita katakan bahawa anak bongsu pelakon Aeril Zafrel sememangnya mengikut jejaknya yang pandai berjoget di aplikasi TikTok!

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram anaknya iaitu Ayya Soffya, jelas kelihatan si kecil itu sudah pandai menari mengikut rentak muzik sambil diikuti kakaknya iaitu Hayla Adzkiya.

Walaupun baru sahaja berusia setahun tetapi Ayya seperti sudah biasa beraksi di hadapan lensa kamera.

lni mesti selalu tengok ayahnya to buat TikTok setiap hari, sebab to nampak pro je bila menari kan?
Lebih melucukan apabila ramai pengikutnya turut bersetuju bahawa Ayya mengikut jejak Aeril memandangkan bapanya itu merupakan (Mr. President TikTok Malaysia’. )

Dalam masa yang sama, mereka turut teruja melihat kecomelan yang dimiliki oleh anak pasangan selebriti itu. Semoga Hayla dan Ayya akan membesar menjadi anak yang solehah dan mendengar kata kedua ibu bapanya. Lepasni boleh lah join ayahnya main TikTok kan?

Sumber foto dan video: Instagram Ayya Soffya dan Aeril Zafrel   via hotfm

Artikel Sebelum ini :

Wawa Zainal Disolek Macam Orang Tua. Attar,Anak Yang Menangls – ‘I Want You Young’

Pasangan pelakon iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel memang boleh dikatakan ‘sporting parent’. Ini kerana mereka selalu berkongsi gelagat dan aktiviti bersama anak-anak di laman media sosial hingga menarik perhatian ramai pengikut.

Terbaru, Wawa Zainal sekali lagi berkongsi video yang menyentuh hati di mana anaknya iaitu Attar sedih apabila melihat wajah ibu menjadi tua selepas disolek.

Video berdurasi 1:14 minit itu dikongsikan Wawa melalui laman Instagram. Difahamkan, Wawa dan Aeril Zafrel dalam mempersiapkan diri untuk menjalani sebuah penggambaran dan memerlukan pasangan ini membawa watak sebagai orang tua.

Lebih menarik perhatian ramai apabila Attar menangis melihat wajah ibunya disolek tua kerana dia tidak mahu wajah Wawa dimakan usia.

Ohhh sedihnya dia mama dah tua. Attar ni strong boy jarang sangat la nak nangis kalau dia nak nangis pun dia akan cuba tahan. Kelakar pula benda ni dia boleh nangis. Simpan sini sebagai kenangan.
Sedih betul tengok mak dia tua.

Malah, di ruangan komen kelihatan ramai pengikutnya terhibur dengan gelagat Attar itu. Ada juga segelintir turut tersebut dengan Attar yang menyifatkan dia sangat menyayangi ibunya.

Sumber: Wawa Zainal

via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*