“Saya Cuba Kejar Tapi Tak Sempat..”- Bapa Sayu Lihat Anak Di Rempvh Kereta Depan Mata.

DUNGUN: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mavt dirempvh sebuah kereta di Jalan Kampung Wa, dekat Jerangau, malam tadi, selepas terlepas daripada pegangan tangan bapanya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, kanak-kanak itu, Mu’Tahal Assalami, meningg4l dunia di tempat kejadian akibat par.4h pada kep4la dan badan.

Bapanya, Assalami Ahmad, 61, berkata dia sedih kerana kejadian anak bongsunya tercampak selepas dirempvh kereta berlaku di hadapan matanya.

Katanya, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan enam lagi anaknya ke sebuah restoran untuk makan malam.

“Ketika tiba di restoran, saya memegang tangan dia dan ketika menulis nama dan memeriksa suhu badan, tiba-tiba tangan anak terlucut daripada pegangan.

“Dia berlari ke tengah jalan dan saya cuba mengejarnya namun gagal. Dia dilanggar kereta sebelum dia tercampak kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 25 tahun itu gagal mengelak sebelum merempvh mangs4.

“May4t dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*