Impian timang anak lelaki tak kesampaian, Faralyna Idris alami kegvguran pada 1 Ramadan

PEMBUKAAN Ramadan membawa berita $edih buat pelakon Faralyna Idris apabila disahkan mengalami keg.uguran ketika kandungan berusia empat bulan.

Berkongsi mengenai keg.uguran tersebut, Faralyna memberitahu dia tetap bersyukur kerana Allah memberi rezeki bayi lelaki untuk dia dan suami biarpun hanya sekejap sahaja.

“Dari awal tahun, ramai tegur dan tanya mana bonda. Kenapa lama tak update IG. Mana IGStory bonda. Inilah sebabnya. Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga.

“Selama mengandungkan yang teristimewa ni, bonda dengan phone bertukar status, jadi love-hate relationship, sorry. Namun, sekali pun Dia (Allah) beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali.

Faralyna kongsi berita sedih itu di Instagram.

“Tiada rezeki bonda ayah untuk p.eluk c.ium dia, tapi rezeki kami merasa gembira dan teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!” kongsi Faralyna.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik momen sepanjang kehamilannya di laman Instagram pada Selasa.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar Faralyna serta keluarganya kuat menghadapi dugaan itu.

Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami. Empat bulan yang penuh makna.

FARALYNA IDRIS

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama siri Cinta Koko Coklat ini melahirkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya yang dianggap sangat istimewa walaupun hanya dipinjamkan sebentar kepada keluarganya.

Faralyna turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan keadaannya dan menganggap sambutan bulan Ramadan cukup bermakna bersama ar.wah anaknya yang diberi nama Muhammad Farid.

“Terima kasih, Ya Allah. Telah kau gembirakan hati kami dengan kehadiran yang teristimewa ini. Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami. Empat bulan yang penuh makna.

Fara dan suami mempunyai dua orang anak perempuan.

“Kepada yang tahu bonda pregnant, terima kasih kerana sentiasa doakan untuk bonda. Sentiasa cakap yang baik-baik pada bonda. Salam Ramadhan buat semua.

“Ini detik permulaan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan tahun ni untuk keluarga kami. Paling istimewa, bersama yang teristimewa, Muhammad Farid Muhammad Fikri,” ujarnya.

Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Fira Anggun dan Fira Ayu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*