“Ke kau yg gil4 attention” – Nadia Brian Bngang Ditvduh Lapar Perhatian

Sama seperti bekas suami yang enggan nama mereka dikaitkan bersama, Nadia Brian meminta semua pihak tidak mengguna atau mencantumkan gambar dia bersama Muizz Nasruddin dalam sebarang bentuk siaran.

Kredit foto: IG

Pelakon itu juga meminta Muizz memadam semua gambarnya dalam simpanan termasuk di media sosial.

Malah, dia menuntut beberapa barangannya dalam simpanan Muizz dipulangkan.

“Ada 19 kotak mengandungi barangan yang saya beli sendiri, hadiah peminat, barangan daripada pereka fesyen dan tajaan milik saya masih ada dengannya. 

“Saya harap dia dapat pulangkan barang-barang itu kerana kami sudah tak ada sebarang kaitan,”

Kredit foto: IG

Dalam masa sama, Nadia menjawab kritikan warganet mengenai dirinya kerap keluar rumah.

“Saya keluar bekerja. Memanglah di Instagram nampak macam saya sendiri tapi itu semua adalah atas urusan kerja. Saya tahu ada netizen kritik dan saya berterima kasih kepada yang faham dengan situasi saya,”

Sementara itu, Nadia menerusi IG Storynya berang dengan tindakan segelintir individu melancarkan serangan terhadap fizikalnya atau body shaming di laman sosial.

Kredit foto: IG

Dia meminta pandangan sama ada patut atau tidak dia membuat laporan berkenaan isu itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*