Bakal Berkahwin Dengan Kamal Adli, Uqasha Senrose Masih Terasa Seperti Dalam Lakonan

Pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang hangat dilamun cinta.

Mereka baru sahaja mengikat tali pertunangan pada 4 April 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.

Bersempena itu, Kamal telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau pada 7 April 2021.

Perkongsian tersebut adalah foto-foto ketika hari pertunangan mereka.

Melalui caption, Kamal menulis ringkas:-

“next step 🌹”

Nampaknya mereka semakin menghampiri fasa seterusnya iaitu hari penyatuan sebagai pasangan suami isteri pula.

Sementara itu di ruangan komen, Uqasha merasakan perkara tersebut seperti masih dalam babak drama.

Para peminat juga teruja untuk mereka dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan.

Khabarnya persiapan perkahwinan mereka sudah 80% telah siap.

Semoga segalanya yang dirancang akan berjalan lancar.

Sumber: Instagram Kamal Adli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*