DSV Minta Maaf – “Sebab Saya Cik B dan ABC Tak Dapat Pergi Final…Maafkan Mama Cik B”

Usahawan popular, Datuk Seri Vida memohon maaf kepada anaknya, Cik B dan semua anggota kumpulan ABC kerana menjadi penyebab mereka tersingkir pada minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS).

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat Datuk Seri Vida atau DSV menerusi hantaran video di laman sosial Instagram (IG)nya.

“Maafkan mama, Cik B dan Kumpulan ABC,” tulisnya pada ruangan bahagian kapsyen.

Menerusi rakaman video, DSV meluahkan rasa bersalah dan kesal kerana tidak dapat membantu anaknya untuk merealisasikan impiannya.

“Saya mohon maaf kepada kumpulan ABC. Macam-macam saya rasa sebab tak dapat bantu Cik B malah sayalah penyebab kumpulan ABC terkeluar.

“ABC dah buat yang terbaik tapi ditakdirkan sebab mama, kumpulan Cik B tak dapat pergi final. Maafkan Mama Cik B, anak Mama yang hebat,” katanya.

Selain itu DSV mengakui insiden tersebut merupakan pengalaman terburuk dalam hidupnya sepanjang berada di dalam bidang seni.

“Saya nak membantu tetapi jadi yang sebaliknya. Saya memang terkilan, kesian Cik B tak dapat masuk ke final.

“Sebagai seorang ibu saya sentiasa menyokong anak saya, tetapi disebabkan saya Cik B dan ABC tidak melangkah ke final MLS.

“Apa nak buat, benda dah terjadi dan saya rasa ini pengalaman saya yang terburuk sepanjang berada dalam bidang seni, tetapi saya kena telanlah,” katanya.

Dalam pada itu DSV menegaskan tujuannya berada di MLS pada minggu lalu bukan untuk mencari publisiti atau keseronokan.

Kepada Cik B, DSV turut menitipkan kata-kata semangat dan doa buat anak kesayangannya itu.

“Cik B mama minta maaf…Mama harap Cik B dapatkan jadikan ini sebagai pengalaman dan titik permulaan untuk menempa kejayaan dalam bidang seni.

“Kepada Cik B, anak mama yang hebat jangan down. Insya-Allah ada rezeki lain yang lebih lagi untuk Cik B, semua ini ada hikmah,” katanya.

Jumaat lalu, kumpulan ABC disingkirkan di pentas separuh akhir MLS dan DSV dijadikan sasaran warganet sebagai punca kegagalan mara ke pentas akhir.

Sumber : Mediabawang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*