Semakan Status GKP Tambahan (PERMAI) Mulai Hari Ini, 24 Mac

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP TAMBAHAN KEPADA PKS MIKRO MULAI 24 MAC 2021⠀

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.⠀

SEMAKAN STATUS GKP TAMBAHAN BERMULA 24 MAC, BAYARAN MULAI 25 MAC


Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP. Sila rujuk langkah berikut untuk membuat semakan status GKP Tambahan:

  1. Layari Portal Rasmi Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Pergi ke menu ‘Semak Status’
  4. Status kelulusan GKP Tambahan PERMAI akan dipaparkan bersama maklumat bayaran seperti di bawah.

Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung status semakan GKP Tambahan PERMAI, sila rujuk laman web LHDN melalui saluran di bawah:

Sumber : https://siraplimau.com/semakan-gkp-tambahan-permai/?fbclid=IwAR0DZm9Eve-RcrcrWzRVXPRD2ko0uKHXz3trZeWoZPGnZafaSXb5AhCrUbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*