[VIDEO] Myvi ‘Terbang’ Lintas Longkang Besar, Patutlah Orang Panggil King

Menerusi perkongsian Info Roadblock JPJ/Polis, di laman Facebook menceritakan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang berlaku di Taman Bukti Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Menerusi info awal, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu merupakan pemandu lelaki. Difahamkan, kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan berjaya melepasi longkang besar yang terdapat di tepi jalan.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh PKO sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Namun, sehingga kini tiada info tambahan mengenai kemalangan itu. Menerusi video yang dikongsi oleh orang awam, kereta tersebut dipercayai berjaya ‘melompat’ longkang besar yang berada di situ.

PKO bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan lalu diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan selanjutnya.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum akan ‘kehebatan’ kereta Perodua Myvi yang mampu ‘terbang’. Pada masa yang sama, ada juga yang hairan bagaimana kenderaan tersebut boleh terbabas sedemikian rupa.

Sumber : oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*