Risteena dan Isa Khan seronok ‘honeymoon’ di Sabah, kongsi foto makan lobster…

KETIKA heboh mengenai Instafamous dan suaminya memberi keterangan palsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri, muncul pula kisah bulan madu pasangan pengantin baharu Risteena dan Isa Khan.

Pasangan itu kini dipercayai sedang menikmati bulan madu di Semporna, Sabah berdasarkan foto dan video-video romantis yang dikongsikan di Instagram mereka.

Perbuatan mereka itu akhirnya mengundang kritikan netizen di laman sosial.

Pasangan ini berkahwin pada 12 Mac lalu.

Rata-rata netizen mempertikaitan tindakan pasangan itu yang mendapat kebenaran merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan.

Malah segelintir netizen menegur pasangan yang berkahwin pada 12 Mac lalu itu kerana dilihat melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka.

“Yang Risteena tu pula macam mana? Sudah di Semporna honeymoon. Smiling face with smiling eyes… urus kerja juga sampai di Semporna?

Risteena dan Isa Khan memberitahu di laman sosial mereka bulan madu di Sabah.

“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri.

“Tak… cerita dia sekarang, aku nak bitter juga, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen honeymoon! Hello… kita memang dah boleh rentas negeri ke ni?

“Risteena honeymoon sampai ke Sabah dengan SOP ke mana… mask ke mana buat story macam tiada apa berlaku.” ujar beberapa netizen.

Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen honeymoon! Hello… kita memang dah boleh rentas negeri ke ni?

NETIZEN

Antara komen netizen yang kurang senang dengan pasangan selebriti tersebut.

Pada Isnin, polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri Instafamous yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh mendapati wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000.

Gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikec4m netizen pada Jumaat.

Netizen berang tindakan instafamous rentas negeri untuk honeymoon.

Sementara itu berdasarkan video dan gambar yang dikongsikan Risteena dan Isa, mereka dipercayai berlepas ke Sabah pada pagi Ahad.

Mereka juga dipercayai memilih salah satu ‘hidden gem’ di Sabah iaitu sebuah resort terapung yang terletak di Pulau Nusa Kuya, Semporna.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Isa dan Risteena gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon dan mesej.

Pasangan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32 dan Isa Khan, 28 bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

sumber: mStar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*