“Isu kecil saja..” – Elizabeth Tan sahkan dah kahwin dengan ahli perniagaan

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, dia yang mesra disapa Lizzy memohon maaf kerana tidak sempat berkongsi berita perkahwinan disebabkan telah tular lebih awal.

Penyanyi berusia 28 tahun itu berkata, dia ada bercadang mahu mengumumkan apabila sudah bersedia dan tidak menghebohkan kerana perkahwinan adalah isu kecil sahaja selain menganggap sangat peribadi.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana…
“…sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya.

Pelantun lagu Semua Sudah itu turut memohon maaf kerana tidak menjemput ahli keluarga yang lain dan pihak media.

“Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dipercayai bapanya David Tan Suan Chew berkongsi gambar upacara perkahwinan Lizzy yang dilihat bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi.

Lebih menguatkan dakwaan apabila seorang pengguna Instagram dipercayai rakannya, @_esthygram_ turut memuat naik beberapa posting majlis tersebut.

Sumber :omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*