Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini

Desas-desus tentang percintaan bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila bersama Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka telah melangsungkan perkahwinan pagi ini.

Perkara ini disahkan menerusi entri Instastory, yang dimuat naik oleh adiknya iaitu Ameera Khan atau lebih mesra disapa LMK .

Sekitar majlis Noor Nabila

Menerusi tiga Instastory yang dimuat naik, menujukkan suasana majlis perkahwinan. Jika dilihat, menerusi papan tanda majlis tersebut menunjukkan walimatul urus Noor Nabila dan Engku Emran yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, mereka berdua mula dig0sipkan sedang bercinta susulan Engku Emran mula menyertai program usrah di rumah Nabila. Namun, sehingga kini tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh mereka berdua.

Sementara itu, Neelofa sebentar tadi turut berkongsi video sekitar majlis akad nikah Noor Nabila.

Sumber: Little Miss Khan

Via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*