“$edih Pula Baca Ayat Ni” – Ucapan Sempoi Sharnaz Sempena Perkahwinan Nabila Buat Netizen $ebak

Baru pagi tadi Noor Nabila Mohd Noor melangsungkan perkahwinannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin selepas beberapa minggu kecoh di media sosial mengenai teka-teki status hubungan mereka. Nabila yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di Kuala Lumpur tanpa sebarang hebahan kepada media.

Perkahwinan tersebut menerima ribuan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga wargamaya yang mengikuti rapat perkembangan status percintaan mereka. Dalam pada itu, Sharnaz juga turut menitipkan ucapan tahniah buat Nabila menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Selamat pengantin baru Nabila dan Emran, Semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok-elok,” tulis Sharnaz dalam kapsyen hantaran tersebut.

Ucapan tersebut dilihat sangat sempoi yang turut disertakan dengan gambar Sharnaz yang seolah-olah posing untuk sebuah majalah. “Eh Mamu, sampai saya terfikir awak keluarkan majalah baru,” tulis Lisa Surihani, yang juga merupakan seorang pelakon, di ruangan komen berseloroh kepada Sharnaz.

Sementara itu, menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai juga wargamaya yang merasa sebak dengan hantaran ucapan yang dimuat naiknya itu.

Walaupun nampak sempoi dan bersahaja, namun tetap ada yang merasakan ucapan tersebut mempunyai nada yang sedih. Bagaimanapun, bagi Sharnaz apa yang penting adalah anaknya, Jebat Jayden, tetap membesar dengan kasih sayang daripada ahli keluarga yang ada.

kredit : koolfm

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*