Kalau nk berdakwah sekali pn lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya? – Azhar Sulaiman

Gara-gara kenyataan menyuruh anaknya, Kasih Iris Leona pergi ke klinik untuk mengecilkan payu dara, pelakon senior, Azhar Sulaiman telah pun dik.ritik hebat oleh netizen.

Terbaru, seorang individu menyifatkan Azhar sebagai seorang bapa yang lepas tangan selepas dia dikatakan tidak mahu bertanggungjawab ke atas isu penampilan seksi anaknya.

Jelas individu berkenaan, pangkat sebagai seorang bapa bukanlah hanya pada gelaran semata-mata tetapi hendaklah disertakan dengan rasa tanggungjawab.

“Hebat statement ayah Leona ni. Kesian klinik dekat Malaysia kena pikul tanggungjawab untuk jaga wanita-wanita seksi. Harap-harap, takde owner klinik yang diazab kat akhirat nanti sebab tak dapat didik anak dengan betul.

“Gelaran ‘Ayah’ tu bukan datang sebab DNA sahaja, tapi ia datang bersama tanggungjawab. Kalau anak degil, bukan bermakna boleh lepas tangan dan join Tiktok sama-sama.

“Kelakar pulak wujud ayah macam ni and still got a lot of people call him sporting dad,” tulisnya.

Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Keluarga Iskandar itu sendiri.

Menurut Azhar, tidak salah untuk seseorang itu menegur mengenai kesilapan dirinya tetapi hendaklah menggunakan cara serta bahasa yang betul.

“Are you a good dad? Siapa yang verify your performance? Anak you okay? Perjalanan kita mungkin pendek dan mungkin panjang lagi.

“Kalau nak berdakwah sekali pun lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya?

“Mengingati sesama insan okay tapi bahasa kena jaga brader. Lu suka ke kena sound macam mana lu sound gua,” balasnya.

Pada masa sama, Azhar jug turut dilihat memuat naik foto individu yang menegurnya itu di ruangan Instagram miliknya.

Malah, Azhar juga mengajak individu tersebut untuk bersemuka bagi membahaskan mengenai isu tersebut.

“Kalau lu rasa lebih hebat dari gua, jemput datang jumpa gua la. Lu buat gua panas. Jangan berani dekat belakang je,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Azhar supaya banyakkan bersabar dan jangan peduli komen negatif tersebut.

Dikec4m tak pandai didik anak jadi Islamik, Azhar Sulaiman akan selesaikan sendiri masalah dengan netizen – “Lepas satu… satu lagi isu!

DITUDUH tidak pandai didik anak, pelakon Azhar Sulaiman berkata, dia akan menyelesaikan isu kecaman netizen terhadap anaknya Kasih Iris Leona dengan cara tersendiri.

Azhar, 50 berkata, dia tidak mahu memanjangkan situasi itu dengan melibatkan pihak media yang mungkin akan mengeruhkan keadaan.

“Maaf tidak ada apa yang perlu diulas. Saya akan selesaikan isu ini sendiri dengan netizen,” ujarnya kepada mStar.

Azhar Sulaiman berkata demikian ketika diminta mengulas aksi se,ksi anaknya iaitu Kasih Iris Leona, 19, yang menjadi perhatian gara-gara berpakaian terlalu seksi.

Azhar Sulaiman dan anak perempuannya, Kasih Iris Leona.

Sebagai seorang bapa, Azhar, 50, turut dihentam netizen kerana dianggap tidak pandai mendidik anaknya menjadi seorang muslimah yang baik.

“Jadi hari ini Leona kena kecam lagi termasuklah Mami (Azhar) juga kena hentam sebab tak pandai didik Leona untuk jadi Islamik.

“You ada anak?” katanya.

Leona dikec4m selepas memuat naik satu gambar di laman sosialnya baru-baru ini yang kelihatan terlalu se.ksi lebih-lebih di bahagian dada.

Lepas satu, satu lagi isu… Hari itu (isu) tidak boleh cakap Melayu harian dan asyik cakap Inggeris.

Susulan kecaman itu, Azhar secara bergurau menyarankan anak bongsunya itu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selain kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pelakon tersebut.

“Lepas satu, satu lagi isu… Hari itu (isu) tidak boleh cakap Melayu harian dan asyik cakap Inggeris. Lepas itu sibuk belajar cakap Kelantan… Sekarang pasal pakaian seksi pula.

Komen Azhar Sulaiman berhubung isu Leona berpakaian se.ksi.

“Leona tolong cari klinik yang buat pembedahan mengecilkan payudara… Ayah akan bayar semua kos itu.

“Bila kop** kecil, ayah yakin (Leona) tidak boleh pakai baju-baju seksi lagi,” katanya.

Selain Leona, Azhar turut mempunyai dua orang anak lagi iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan Andika Rees Pahamin, 19, yang merupakan kembar kepada Leona.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman / mediahiburan via teh tarik kaw

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*