Bapa Sebak Anak Luah Rasa Penat Ganti Tugas Arwah Ibu Jaga 5 Adik

Apabila sampai waktunya nanti, setiap kita akan kehilangan ibu bapa. Apa yang pasti kehilangan dua insan ini sememangnya cukup menyakitkan, namun kita perlu redha dengan ketentuan-Nya.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa tunggal, Nazri Ahmad yang memuat naik mesej luahan hati anak sulungnya yang rindukan arwah ibunya.

Sejak pemergian isterinya, anaknya Indah mengambil alih tugas isterinya untuk menjaga lima adiknya yang masih kecil.

Tentunya bukan mudah buat Indah yang masih bersekolah dalam masa sama perlu menguruskan rumah dan adik-adik.

Namun, Nazri akui luluh hati apabila dia tidak lagi menjadi ‘telinga’ yang selalu mendengar setiap luahan hati anaknya itu.

Menerusi perbualan WhatsApp itu, anak sulungnya turut meluahkan rasa rindu akan kenangan bersama kedua ibu bapanya.

Indah turut meluahkan rasa penat menjaga adik-adik, namun tidak diluahkan kepada bapanya. Nazri berkata dia merasakan dirinya gagal menjadi bapa yang baik.

Kata Nazri, sebaik sahaja membaca luahan anaknya itu, dia segera pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anak lebih-lebih lagi anak sulungnya yang sudah lama memendam rasa.

Perkongsian Nazri itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang turut bersimpati membaca luahan anak kecil itu serta memberikan semangat buat Nazri serta keluarganya.

Dalam entri tersebut, difahamkan isteri Nazri iaitu Allahyarham Natasya Mik’yal meninggal dunia secara mengejut pada bulan Februari lalu.

SUMBER : ROTIKAYA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*