“Biarlah Org Nak K4ta Aku Macam2” ; Zul Yahya Kec3wa Ram4i Salah Angg4p

Bekas pelakon, Zul Yahya meluahkan rasa risau apabila melihat sikap dan cara hidup golongan remaja pada masa kini. Tambahnya, dia kecewa dengan sikap manusia apabila niat baiknya untuk membantu golongan tersebut sering disalah anggap.

Menurut Zul Yahya, dia mendakwa masyarakat hari ini terlalu bersahaja dan selesa dengan cara kehidupan mereka. Tambahnya, segalanya bermula daripada diri sendiri. Jelas Zul, dia belajar, usaha dan faham dengan kelebihan-kelebihan sunnah yang mana banyak memberikan kelebihan dalam kehidupan sekarang ini. Namun, hanya beberapa orang sahaja yang boleh terima dan faham dengan maksud yang ingin disampaikan.

Ujar Zul lagi, dengan keadaan zaman sekarang yang semakin mencabar, dia perlu bangkitkan kerisauan yang berganda kepada masyarakat Islam yang semakin jauh dari kehidupan yang boleh membanggakan Islam dan Melayu itu sendiri.

Mengulas lebih lanjut, Zul memberitahu cerita yang dikongsikan ini tidak ada kena mengena dengan kisah budak-budak sekolah yang viral di media sosial baru-baru ini. Zul turut mendoakan semoga setiap individu mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*