Cara Tukar Amaun i-Sinar & Buat Pindaan Jumlah Pengeluaran Maksimum

CARA TUKAR AMAUN ISINAR ONLINE

Bagi ahli KWSP yang telah tersilap membuat permohonan yang lalu, anda kini boleh membuat semakan status atau memohon tukar amaun i-Sinar melalui Portal i-Sinar yang telah dikemaskini dan ditambah fungsi.

Seperti yang telah diumumkan, mulai 8 Mac ahli boleh membuat pindaan tambahan amaun kepada jumlah pengeluaran i-Sinar maksimum mengikut jumlah simpanan anda seperti berikut:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Jumlah pembayaran pertama dan seterusnya akan dibuat dalam tempoh 6 bulan seperti yang boleh dilihat dalam jadual di bawah :

SYARAT PINDAAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR

Siapa yang boleh tukar amaun pengeluaran iSinar?

Yang dah lulus pun boleh tukar ke?

Berdasarkan maklumat daripada FAQ iSinar yang terkini bertarikh 8 Mac, semua ahli termasuklah yang telah diluluskan dan telah menerima bayaran BOLEH membuat pindaan amaun pengeluaran ini.

Namun, ia tertakluk kepada syarat berikut:

  • Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
  • Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.

TARIKH PERMOHONAN TUKAR AMAUN ISINAR

Tarikh akhir ahli KWSP boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021.

Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

CARA TUKAR AMAUN I-SINAR

Untuk membuat pindaan amaun, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal isinar.kwsp.gov.my
  2. Klik Pindaan Pengeluaran
  3. Klik Ok
  4. Sahkan OTP
  5. Sahkan No. telefon dan alamat
  6. Pilih jumlah baru dan klik teruskan
  7. Sila semak sebelum menghantar maklumat.

PENTING: Sila semak betul-betul ya kerana pilihan pindaan ini hanya dibenarkan untuk dibuat 1 kali sahaja.

*Rujuk panduan bergambar di bawah:

Kredit gambar: MySumber

Selain amaun pengeluaran, ahli juga boleh membuat perubahan maklumat butiran pengeluaran i-Sinar seperti berikut:

  • Nombor telefon bimbit; dan/atau
  • Alamat surat menyurat; dan/atau
  • Butiran akaun bank; dan/atau
  • Maklumat bayaran : Nama Bank, Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) dan/atau Pilihan Lokasi Serahan Arahan Bayaran.

Tarikh Bayaran & Kelulusan Pindaan Amaun Baharu

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu

Kaedah Pembayaran

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan tentang permohonan baharu dan pindaan amaun i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara tukar amaun i-Sinar atau maklumat yang berkaitan, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://isinar.kwsp.gov.my/faq

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*