Alhamdullilah, Rakaman Detlk Detlk Tan Srl Muhyiddin Diberi Kebnaran Masvk Kaabah. Tetmu Pertama Selepas Setahvn

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majid Abdulaziz Al Saud, Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri, Datin Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri, Najwa Hasbullah.

Lawatan ke Arab Saudi ini merupakan sebahagian daripada r.angka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Beliau dan isteri akan menunaikan umrah dan melakukan z.iarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini.

Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi pengh.ormatan untuk memasuki Kaabah ketika men.unaikan ibadah umrah.

Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Detik pembukaan pintu Kaabah, pada Sabtu malam waktu tempatan, dirakam beberapa jemaah yang berkongsi m.omen itu di media sosial.

Ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu.

Terdahulu Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Muhyiddin merupakan ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemlk C0VID 19.

Kredit : AstroAwani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*