Pendaft4rn Prasek0lah KPM Sesi 2022 Di.buka Mulai 1 Mac. Ini Car4 Daftar Online

Perhatian kepada ibu ayah yang berhasrat mendaftarkan anak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2022, anda boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi laman web yang akan dibuka tak lama lagi.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan beserta cara membuat pendaftaran

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2022 SECARA DALAM TALIAN

Antara perkara penting yang ibu ayah kena take note adalah:

TARIKH PERMOHONAN

Dibuka Mulai 1 Mac 2021 Hingga 31 Mei 2021

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH SESI 2021

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak untuk memohon.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN / PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2022

1. LAYARI LAMAN WEB

Layari laman web rasmi E-Prasekolah di https://eprasekolah.moe.gov.my/index.php

2. DAFTAR PENGGUNA

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.

Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

3. LENGKAPKAN BUTIRAN

Isi dan lengkapkan butiran yang diperlukan.

Rujuk manual pengguna di SINI.

4. KEMASKINI MAKLUMAT & CETAK

Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang ber.kaitan.

5. TUNGGU & SEMAK STATUS PERMOHONAN

Semak keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 bermula 5 Ogos 2021.

Bagi permohonan yang Tidak Ber.jaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021.

Nota:

  1. Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN
    (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  2. Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
  3. Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya
    membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  4. Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya di.benarkan untuk mencetak
    borang permohonan sahaja.
  5. Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu
    bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk
    dikemaskini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan sila kemukan melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri berikut:

JPN Johor eprasekolah.johor@moe.gov.my
JPN Kedah epra.kedah@moe.gov.my
JPN Kelantan prasekolah.kelantan@moe.gov.my
JPN Melaka epra.melaka@moe.gov.my
JPN Negeri Sembilan jpnn9.eprasekolah@moe.gov.my
JPN Pahang epra.pahang@moe.gov.my
JPN Perak jpnperak.upkk@moe.gov.my
JPN Perlis eprasekolah.perlis@moe.gov.my
JPN Pulau Pinang eprasekolah.pp@moe.gov.my
JPN Sabah prasekolah.jpnsabah@moe.gov.my
JPN Sarawak prasek.jpnswk@moe.gov.my
JPN Selangor selangor.epra@moe.gov.my
JPN Terengganu upra.jpnt@moe.gov.my
JPWP Kuala Lumpur jpwpkl.epra@moe.gov.my
JPWP Labuan eprasekolah.wplabuan@moe.gov.my
JPWP Putrajaya eprasekolah.putrajaya@moe.gov.my

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*