Alhamdulillah… syukur atas rezekimu – Aida Jebat

SELEPAS hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir dikhabarkan sudah mendapat berita gembira.

Ia berikutan Ayda dikatakan sudah ham1l selepas pelakon tersebut menemui pakar perbidanan dan sakit puan, di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber mengesahkan berita positif itu yang mengatakan Ayda sudah ham1l namun tidak dijelaskan berapa minggu usia kandungannya.

mStar cuba mendapatkan pengesahan daripada Ayda namun panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan pasangan ini masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut memandangkan usia kandungan yang masih baharu.

Pada 6 Februari lalu, Ayda menerusi laman Twitter pernah menulis status meluahkan rasa syukur, bagaimanapun dia tidak menjelaskan maksud perk0ngsiannya itu.

“Alhamdulillah… syukur atas rezekimu,” tulisnya.

Gara-gara status itu, pengikut membuat andaian penyanyi lagu Parah Parah ini sedang ham1l dan bakal bergelar ibu.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan pengumuman gembira itu.

Menerusi Instastory pada Isnin, reaksi spontan Nabil mendengar perut Ayda Jebat turut memberi bayangan isterinya itu kini sedang hamil.

“Macam-macam bunyi,” kata Nabil.

Jika benar Ayda sedang hamil, penjagaan ketika kehamilan trimester pertama sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik.

Di peringkat ini, kesihatan fizikal dan mental bayi yang bakal lahir dipenga.ruhi oleh penjagaan prakehamilan dan kehamilan trimester pertama.

Ayda juga dinasihatkan agar menjaga kesihatan serta tidak terlalu ag.resif dalam melakvkan aktiviti harian.

Suami juga digalakkan membelai perut isteri selalu bagi membina hubungan antara anak dan bapa serta meningkatkan lagi kecerdasan bayi.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Marilah kita berdoa agar Ayda dan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan selamat.

sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*