Dit3gur Gara-Gara Ucapan Hari Kekasih Buat Ist3ri, Ini Re4ksi Balas Padu Edika Yusof

Pelakon Edika Yusof ada menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan sambutan hari kekasih atau lebih sinonim dengan panggilan Valentines Day.

Jelas Edika, dia akan sentiasa menyayangi isterinya itu bukan sahaja ketika Hari Valentines tetapi juga untuk selama-lamanya.

Malah, Edika turut menyifatkan kejayaan hidupnya selama ini banyak didorang oleh rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya itu.

“I love you dis Valentine’s Day and always! I am a successful man because I love an incredible woman who always believes in me.

“You bring out my best, and your love completes me. Happy Valentine’s Day! 18th,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Mencari Kiblat itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram.

Bagaimanapun, entri berkenaan nyata mengund4ng rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan seseorang muslim tidak sepatvtnya menyambut hari tersebut.

“Mintak maaf dalam Islam tidak ada hari Valentines day itu budaya 0rang k4fir yang memperingati kem4tian sepasang kekasih iaitu Valentines dan kekasihnya m4ti bunvh diri pada 14 Februari,” jelasnya.

Melihat komen tersebut, ini re4ksi balas yang diberikan oleh Edika;

“Terserah niat masing-masing. Kita tak ikut mereka kita just cara kita, InsyaAllah,” balasnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Edika seorang yang sangat romantis selain turut mendoakan agar rumah tangganya akan berkekalan sampai bila-bila.Untuk rekod, Edika dan isterinya, Nor Hidayah Yusri telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Januari 2003.

Hasil perk0ngsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.

 

Sumber: Instagram Edika Yusof

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*