“Alisa tunjvk hidung and kata s4kit s4kit!” Hanis Zalikha Jumpa Sesuatu Dalam Hidung Anak

Orang kata anak kedua perangainya lain macam sikit atau dalam bahasa lain panjang akalnya. Satu perkongsian daripada seorang selebriti, Hanis Zalikha tentang anak keduanya telah mendapat perhatian netizen apabila anaknya bernama Alisa Aisyah memasukkan benda asing ke dalam hidungnya.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu menunjukkan suaminya yang juga seorang pelakon dan pengarah, Hairul Azreen telah memasukkan satu alat yang dilihat seperti kamera kecil ke dalam hidung anaknya. Tindakan tersebut dilakukan selepas anaknya, Alisa meng4du hidungnya s4kit.

Difahamkan kejdi4an tersebut telah berlaku beberapa hari lalu dan ia bermula selepas ins1den Hanis dan anaknya membuka sebuah bungkusan hamper yang penuh dengan putik-putik bunga kecil. Apabila anaknya mengadu sak1t di bahagian hidung, Hanis terus terpandang deraian putik bunga tersebut di atas lantai sebelum bertanya anaknya adakah benda itu yang ada di dalam hidung anaknya.

 

 

Tambah Hanis, pada mulanya dia hanya memeriksa hidung anaknya itu dengan mata kasar sahaja sebelum suaminya mengeluark4n satu alat seperti kamera kecil untuk melihat apa yang ters4ngkut di dalam hidung anaknya itu. Selepas jelas melihat ada putik bunga di dalam hidungnya, Hanis terus bergeg4s membawa anaknya ke h0spital untuk mengeluark4n putik bunga tersebut.

Warganet di ruangan komen juga berkongsi kisah anak-anak mereka yang pernah memasukkan benda asing ke dalam hidung dan rata-ratanya adalah anak kedua. Ada juga warganet meluahkan rasa risau jika ia terjadi kepada anak sendiri dan menyatakan diri akan panik jika berada ditempat Hanis. Namun, dalam video tersebut jelas menunjukk4n Hanis kelihatan tenang dan tidak kelam kabut menguruskan ‘projek kecil’ anaknya itu.

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*