Cikgu Ini Jalan Kaki 8km Setiap Hari ke Sekolah Sampai Kasut Koyak Rabak. Sekali Pelajar Dia Buat Kejutan

Setiap orang pastinya mempunyai pengalaman tidak dapat dilupakan mendapat didikan dari insan bernama guru. Bermula dari tadika sehinggalah ke kolej atau Universiti.

Guru atau golongan pendidik ini adalah insan yang bertanggungjawab membentuk kehidupan dan masa depan kita. Malah ada yang tidak kisah mengambil inisiatif sendiri atau melakukan kerja tambahan demi melihat pelajar mereka berjaya.

Ya, percayalah bahawa guru yang melakukan pengorbanan tidak terhingga itu benar-benar wujud.

Berkongsi sebuah kisah benar yang berlaku ini, seorang guru, Cesar Punzalan, mendapat kejutan yang tak mungkin dia akan lupakan apabila tiba di sekolahnya pada hari Isnin.

Berjalan kaki 8km sehari ulang alik ke sekolah

Menurut portal South China Morning, guru yang berdedikasi ini berjalan kaki sepanjang 8km ulang alik setiap hari ke sekolah, sehingga kasutnya koyak rabak hanya untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai guru.

Menyedari betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh Cesar, para pelajarnya telah berpakat dan merancang untuk membalas jasa guru mereka itu dengan memberikan hadiah ‘istimewa’ sebagai suatu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru kesayangan mereka.

Semuanya bermula ketika Cesar seperti hari kebiasaannya memasuki kelas dan bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran. Sewaktu dia mahu mula mengajar, seorang pelajar berkata “Sir, sebelum tu kami ada hadiah untuk Sir”

Cesar kemudiannya diberikan sebuah kotak yang diikat dengan pita, sementara para pelajar bersorak dan bertepuk tangan untuknya. Dia kelihatan terkejut dan teragak-agak seketika sebelum membuka kotak itu.

Guru berusia 50 tahun itu bertanya apa yang ada di dalam kotak yang diberikan kepadanya itu, para pelajarnya dengan bergurau berkata di dalamnya ada katak dan lipas.

Kemudian Cesar dengan perlahan melepaskan ikatan reben, seolah-olah merasa gugup dengan apa isi kandungan kotak tersebut.

Tidak mahu menunggu lam, para pelajar kemudiannya memberi gunting kepada Cesar, kerana masing-masing tidak sabar untuk melihat reaksi guru mereka itu.

Reaksi Cesar ketika itu masih teragak-agak untuk membukanya apabila para pelajarnya terus menyakat dengan mengatakan di dalamnya ada wang 1 juta dolar tunai, atau boleh jadi ular.

Sambil diiringi gelak ketawa para pelajar bergurau supaya Cesar berhati-hati kerana kandungan dalam kotak itu boleh menggigitnya.

Sebaik sahaja kotak dibuka, seluruh kelas bersorak kegembiraan apabila melihat reaksi Cesar yang menatap kasut itu dengan tidak percaya.

” Kenapa kamu membazirkan duit?” tanya Cesar

Salah seorang pelajar menjawab bahawa setiap daripada mereka dengan rela hati mahu menyumbangkan wang untuk membeli kasut itu untuk guru kesayangan mereka.

” Ia cuma hadiah kecil jika nak dibandingkan dengan pengorbanan cikgu” kata mereka.

Mendengar kata-kata pelajarnya dan menerima hadiah itu, Cesar berasa tersentuh sehingga mengalirkan air mata di hadapan pelajarnya.

Cesar kemudian menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan kerana dia hanya mahu berkongsi ilmu dengan para pelajarnya.

Mereka kemudian membalas kata-kata Cesar;

” Tetapi Sir, sebelum kami semua pergi, kami juga mahu memberikan sesuatu kepada anda yang boleh membuat anda gembira.”

Cesar Punzalan merupakan seorang guru di Sekolah Immaculate Heart of Mary di Laguna, Filipina dan kisah ini tular pada tahun 2019 di negara tersebut.

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*