‘Terus Nampak Macam Model’ – Rina Harun Tampil Anggun, Photoshoot Untuk Jenama Fesyen Terkenal

Sebelum ini, nama Menteri Pembangunan Keluarga & Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun, menjadi bualan hangat netizen selepas beliau dilihat semakin kurus dan bergaya. Susulan daripada itu, beliau sempat berkongsi ‘rahsia’ dalam mengurangkan berat badannya.

Terbaru, menerusi foto yang dikongsi oleh pereka fesyen terkenal ManKajang29, di laman Instagram, memaparkan busana yang digayakan oleh Rina Harun. Memang cantik betul!

 

Menerusi Instastory tersebut, Rina Harun kelihatan begitu cantik mengenakan busana Melayu hasil rekaan ManKajang29. Bahkan, terdapat beberapa rekaan yang cuba diketengahkan antaranya Simple Klasik Kurung Pahang, dan songket labuh.

Pada masa yang sama, beliau turut mendapat solekan khas daripada jurusolek terkenal Saidatul Nisa yang lazimnya menjadi jurusolek bagi golongan kenamaan.

Bahkan, pengguna Twitter turut memuji penampilan terbaru Rina Harun, yang dilihat semakin bergaya dan cantik. Pada masa yang sama, mereka turut memuji pereka pakaian tersebut yang bijak mengenakan potongan yang sesuai buatnya.

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*