Bertemu Jodoh di pusat kuarantin, pasangan ini buat photoshoot pengantin bertemakan sut PPE

Apabila bercakap tentang pusat kvarantin yang menempatkan individu-individu yang positif C0v1d, kita tentunya membayangkan suasana yang suram dikelilingi katil pes4kit dan kakitangan hospital.

Walau bagaimanapun sebuah pasangan ini berjaya melihat pada sudut positif ditugaskan di pusat kuarantin apabila mereka berkenalan dan bertemu jodoh.

Pasangan tersebut yang kedua-duanya merupakan jururawat di pusat kuarantin yang terletak di Johor Bahru, telah bertemu di barisan hadapan dan memutuskan untuk mendirikan rumah tangga walaupun dalam keadaan negara yang tidak menentu sekarang.

Untuk meraikan pertemuan bermakna mereka itu, pasangan Pija dan Azwa melakukan sesi photoshoot perkahwinan mereka dengan bertemakan sut PPE yang merupakan seragam mereka sepanjang bertugas di pusat kuarantin.

Gambar yang dikongsikan oleh jurugambar perkahwinan pasangan tersebut, Taufiq Noor di Facebook meraih perhatian ramai, di mana dia turut mendedahkan bahawa pasangan berkenaan memakai sut tersebut selama hampir 2 jam untuk sesi penggambaran.

Pada mulanya mereka bergambar dalam sut PPE sebelum menanggalkan sut tersebut untuk menunjukkan pakaian pengantin mereka yang dipakai di dalam.

Oleh kerana telah biasa memakai sut PPE dan bermandi peluh ketika bertugas, pasangan tersebut tidak mempunyai masalah menggay4kan seragam itu dalam cuaca panas.

Sumber : HCM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*