(Video) Ayah ’G3lak Besar’ Buka Sampvl Hadiah Hari Jadi Sempat Tanya Bikin Ramai S3bak

Melihat ibu bapa gembira adalah satu kepuasan bagi anak yang menginginkan kebahagiaan buat orang tua mereka. Kadangkala, perkara kecil yang terlihat pada mata kita sudah mampu menggembirakan hati ibu bapa. Bukan harta berjuta yang mereka mahukan, namun ingatan daripada si anak yang sebenarnya diinginkan.

Baru-baru ini, seorang wanita dengan nama pengguna @instaartfilzah telah berkongsi video sambutan hari lahir ayahnya di media sosial. Video yang mendapat lebih 600 ribu tontonan itu berjaya membuatkan hati orang ramai tersentuh. Tak kurang juga, ada yang mengaku sempat menitiskan air mata melihat kegembiraan yang terpancar di wajah si ayah.

Dalam video itu, Filzah telah menghulurkan empat sampul yang mengandungi wang dengan nilai berbeza kepada ayahnya.

Si ayah yang sedang menggunting cili kering itu kemudiannya diminta untuk memilih dua daripada sampul tersebut. Melihat kandungan di dalamnya, lelaki berkenaan teruja dan terus ketawa riang, membuatkan orang ramai terhibur melihat reaksinya. Bukan itu sahaja, beliau juga tidak lupa bertanyakan hadiah buat isterinya.

 

Ya Allah comelnya Ayah dia

 

Bahagianya abah

Rindunya Arwah Ayah

 

sumber : instaartsfilzah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*