Wanita T3rdesak Cvri Di Pasar Raya. Ini Tindakkan P0lis. SYABAS!.

Wanita T3rdesak Cvri Di Pasar Raya. Ini Tindakkan P0lis. SYABAS!.| Kuala Lumpur: T3rdesak hingga sanggup mencuri makanan dan cecair penyejuk untuk mengubati demam anaknya.

Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanapun, sebaik menerima laporan p0lis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua P0lis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan p0lis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencvri pelekat penyejuk badan, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

“Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencvri kek dan ‘Koolfever’ sebab anaknya demam.

“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini,” katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat P0lis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.

“Susah-susah sangat mari balai p0lis, ini ada ‘kool fever’ untuk anak demam,” katanya kepada wanita itu.

Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.

“PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh ‘brain’ (faham) kenapa p0lis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.

“Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus C0vid-19,” katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu.

 

 

 

 

Sumber : Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*