(Video) Dengar Rintihan Pelajar, Ebit Lew Beli 100 Tablet Untuk Pelajar Susah

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah tidak dibenarkan dibuka dan pelajar diarah untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.

Namun, proses pembelajaran terganggu dan pasti sukar buat pelajar yang tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai peranti untuk menjalani kelas online.

Sehubungan dengan itu, Ustaz Ebit Lew akan menghadiahkan pada pelajar yang memerlukan sebuah tab untuk memudahkan mereka menjalani proses pembelajaran di rumah.

Menerusi hantaran di Instagram beliau, Ebit Lew berkongsi sebanyak 100 biji tab akan disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan. Namun, beliau memohon kepada orang ramai agar membantunya mendapatkan lebih banyak lagi peranti ini untuk disumbangkan.

Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Ebit dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai orang yang kesusahan serta urusan amal kebajikan dipermudahkan.

sumber: ustaz ebit lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*