[VIDEO] Lelaki Ini Cuak Habis Anak Selamba Seret ‘Kereta Mainan’ Atas Honda Kesayangan

Anak lelaki sememangnya terkenal dengan telatah nakal yang kadangkala membuatkan ibu bapa pening kepala mahu menjaganya

Sikap aktif mereka yang tidak reti duduk diam dan sukar untuk dikawal itu sering menjadikan keadaan huru-hara, namun mereka jugalah yang menyerikan lagi suasana dalam rumah tangga.

Sama juga seperti video ini yang tular di TikTok dan menimbulkan tawa ramai apabila seorang kanak-kanak lelaki selamba bermain kereta mainan di atas kereta baru milik ayahnya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@sitihasreena

TAK KUAT JANGAN TENGOK 😱😱😱 #Fk8 #typeR #fypシ

♬ original sound – TiffanyBananana – TiffanyBananana

Ayah cuak bila ternampak anak tengah syok jadikan kereta kesayangan sebagai track mainan sambil membuat muka nakal

Sebaik saja melihat situasi itu, si ayah dengan spontan menjerit dan terus berlari ke arah anaknya serta cuba untuk menghentikan perbuatan nakal kanak-kanak lelaki tersebut.

Apa yang lebih melucukan lagi adalah kanak-kanak lelaki itu sempat mengacah ayahnya untuk menyeret kereta mainan sekali lagi sebelum menarik tangannya apabila melihat si ayah datang semula.

“Hahaha, wrap la bro. Baru selamat sikit dari hasil karya anak-anak” – Netizen

Video tular tersebut sehingga kini telah meraih hampir 374,000 tontonan dan 28,200 tanda suka di Tiktok. Rata-rata netizen yang meninggalkan komen terhibur dengan gelagat nakal kanak-kanak lelaki itu dan reaksi ayahnya yang cuak.

Antara komen menarik daripada netizen:

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*