“Comelnya, Lesung Pipit Tu Yang Mahal” Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Bayi Lelaki!

Tahniah buat pelakon Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah Macwilson yang telah pun bergelar ibu dan ayah. Zahirah dikhabarkan selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 5 Januari lalu.

Menerusi instagram sebentar tadi, Zahirah menyampaikan khabar gembira itu buat seluruh peminatnya di tanah air. Manakala Aiman juga turut memaklumkan hal yang sama menerusi instagram miliknya sambil berkongsi wajah comel kesayangan mereka.

Tidak sampai 30 minit, posting Zahirah dengan wajah comel bayi berlesung pipitnya itu meraih lebih 90, 000 tanda suka daripada seluruh pengikutnya di instagram.

“Inilah hadiah paling indah yang pernah kami terima.“Alhamdullilah tanggal 5 Januari 2021, anak lelaki pertama kami selamat dilahirkan pada jam 2:26 petang,”tulisnya menerusi instagram.

Baik Zahirah mahupun Aiman, kedua-duanya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan kurniaan rezeki dari Allah ini dan begitu teruja melalui detik istimewa mereka ini.

 

“Kami begitu terharu dengan pengalaman berada di bilik bersalin sehinggalah kini bergelar mommy dan daddy. Perjalanan ini menjadi rahmat terbesar dan kami teruja untuk melalui setiap detik istimewa ini,” tulisnya.

“Syukur alhamdulillah,” tulisnya di instagram.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan seluruh pengikut Zahirah mengucapkan tahniah diatas kelahiran bayinya. Ramai yang memuji kecomelan malah tidak kurang memuji lesung pipit kedua belah pipinya yang dalam.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.

Pada Oktober lalu, pasangan ini terbang ke bumi Australia untuk melahirkan bayi sulung mereka dan berpantang bersama keluarga Zahirah yang menetap di Perth, Australia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*